AUTONOMI UMNO SABAH HANYA RETORIK POLITIK BUNG MOKHTAR



Setelah 60 Tahun memegang dan memerintah Malaysia akhirnya kekalahan PRU lepas membuahkan hasil kepada UMNO sabah mendapatkan Autonomi Sabah. Persoalanya kenapa baru sekarang? Dimana kekuatan semasa menjadi kerajaan. Datuk Bung Mokhtar khilaf semasa menjadi Yang Berhormat atau Yang Berkerja. Dan setelah BN-UMNO tersungkur dengan bangganya mereka mengumumkan Autonomi UMNO Sabah.

Angguk-angguk geleng-geleng sewaktu menjadi pemerintah tanpa memperjuangkan Autonomi Sabah asal kenyang sendiri. Adakah rakyat Sabah harus percaya sekali lagi dengan janji-janji mereka? 60 tahun kita hilang keistimewaan MA63... Pemimpin BN-UMNO hilang arah kerna selesa dengan kedudukan mereka.

Jika dilihat PAU yang baru-baru ini berjalan dan sedang berlangsung impaknya tidak lah terlalu kuat biarpun BN-UMNO Cuba mengetengahkan orang-orang muda. Jika dari dahulu Datuk Bung Mokhtar mempertahankan dan menagih Autonomi sewaktu menjadi kerajaan rasanya beliau boleh menjadi superhero seperti dalam filem animasi. Tetapi sayang seribu kali sayang autonomi Sabah hanya di perolehi setelah tersungkur.

Pemimpin-pemimpin Pembangkang terutama Pemimpin BN-UMNO takut dengan bayang-bayang sendiri. Kesilapan yang mereka lakukan dahulu baru disedari sekarang setelah menjadi Pembangkang. Bangkitnya generasi muda pada PRU14 adalah kerna kelalaian dan kekhilafan mereka. Generasi Y inginkan kerajaan yang transparent bukan kerajaan pasir berdengung.

Sebagai Rakyat Sabah Marilah kita berfikir MA63 akan tercapai jika semua Wakil MP Parlimen Sabah bersatu hati dan bersetuju tetapi ada MP yang telah tidak bersetuju. Adakah kita akan memilih kerajaan yang telah memerintah 60 tahun tetapi menjadi kerbau atau kerajaan Warisan yang memang telah nyata memperjuangkan nasib anak sabahan.



Rafidah Arkani
Ketua Wirawati Tenom
Exco Wirawati Negeri Parti Warisan Sabah

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?