SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UNTUK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION
SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UTK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION
Dalam kenyataan terbaru Sabahkini2 pd 17hb Februari 2020, Sabahkini2 telah cuba menimbulkan persepsi negatif kepada Jabatan Air dan Kerajaan Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan fitnah yg tidak berasas yang kononnya Jabatan Air akan mengeluarkan LOA/SST kepada 2 syarikat iaitu syarikat Wira Syukur Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd.
Sabahkini2 juga mendakwa bahawa LOA ini sengaja di percepatkan kerana kes mahkamah Amarjit yang akan dibicarakan semula. Kononnya sebelum kes di bicara kan semula Jabatan Air Melalui Amarjit akan mengeluarkan surat LOA/ SST kpd 2 Syarikat tersebut. Sabahkini2 juga mendakwa kononnya 2 syarikat ini telah di jual kepada syarikat dari China.
Pelbagai persepsi dan tuduhan oleh Sabahkini2 yang sengaja di timbulkan supaya mempengaruhi orang ramai untuk percaya. Daripada gaya penulisan Sabahkini2 memang jelas ingin mengelirukan pembaca. Ini kerana terlalu Banyak tanda soal yg di buat dlm kenyataan nya seolah2 dia sendiri tidak pasti kesahihan perkara tersebut.. Memang niat sebenar Sabahkini2 hanyalah ingin menimbulkan persepsi negatif kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Shafie.
Jika benar Sabahkini2 pasti akan tuduhan tersebut sudah pasti Sabahkini2 tidak teragak2 utk membenarkan kenyataan nya tanpa tanda soalan yang banyak pd setiap kenyataan2 nya. Sabahkini2 mahu supaya pembaca berfikir ke arah negatif dan seterusnya membuat kesimpulan bahawa tuduhan/fitnah yg di lontarkan adalah benar.
Tanda soal demi tanda soal?????
Sabahkini2 bijak bermain spekulasi. Hanya pembaca yg benar2 teliti dan memahami gaya penulisan sahaja boleh meramal niat dan tujuan jahat Sabah kini.
TUDUHAN PEMBERIAN KONTRAK 3BILLION YANG TIDAK MASUK AKAL.
Bila Sabahkini2 membangkitkan bahawa projek EMPANGAN PAPAR bernilai 3BILLION ini akan di keluarkan LOA/SST dlm masa terdekat ramai yg terperanjat percaya dan tidak kurang juga yang tidak percaya. Yang mempercayai nya adalah di kalangan pembangkang dan para pembaca yang menyukai berita Palsu dan sensasi. Manakala yg tidak percaya adalah mereka yg faham akan proses perlantikan dan juga implikasi kewangan.
Kalau di lihat daripada Belanjawan kerajaan Negeri 2020 dan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2020 jelas TIADA di nyatakan peruntukan untuk Membina EMPANGAN PAPAR sebanyak 3 billion. Nilai projek sebanyak 3 Billion bukan lah 1 projek yang kecil. Dengan keadaan kewangan Negeri yang kurang baik tidak mungkin kerajaan negeri dapat menampung kos Pembinaan EMPANGAN tersebut. Belanjawan Negeri Sabah 2020 adalah sebanyak lebih kurang 4.3 billion dan hanya 960.9 juta sahaja peruntukan/budget untuk pembangunan serta Sebahagian besar adalah peruntukan Pengurusan/perbekalan iaitu sebanyak 3.343 bilion
- Jadual belanjawan Negeri 2020
Hasil dan perbelanjaan
Jadual belanjawan keseluruhan kementerian KPI
Begitu juga dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan. Umum sdh tahu bahawa peruntukan yg akan di salurkan oleh Persekutuan kepada Sabah pd tahun 2020 adalah sebanyak 4.9 billion. Melalui penilitian terhadap budget 2020 negeri Sabah dan Persekutuan jelas bahawa kenyataan Sabahkini2 adalah tidak berasas sama sekali.
C. Jadual belanjawan 2020 Persekutuan di salur ke Sabah
Melalui penyata peruntukan di atas, adalah sangat jelas kenyataan Sabahkini2 adalah FITNAH semata2. Bagi mereka yang percaya sdh pasti pengetahuan asas mereka tentang prosedur dan tatacara kerajaan adalah CETEK. Bila ilmu pengetahuan kita tidak luas maka kita sering di manipulasi untuk mempercayai sumber2 yang tidak sahih dan fitnah. Apatah lagi sekiranya kita cenderung kepada berita2 Palsu di blog2 dan media sosial pembangkang.
Walaupun pada dasarnya EMPANGAN PAPAR ini sangat mendesak kerana keadaan krisis bekalan air yang di hadapi di Kota Kinabalu dan sekitar nya pada masa ini. Kerajaan Negeri harus mencari jalan untuk jangka masa panjang sesuai dengan arus pembangunan yang sedang berjalan dan masa2 10 atau 20 tahun akan datang. Namun jika ianya di cadangkan dengan serius untuk di laksanakan secepatnya sudah pasti prosedur dan tatacara kewangan yang di tetapkan pasti akan di patuhi.
Comments
Plus, making money with it is as simple as 1 . 2 . 3!
Here's how it all works...
STEP 1. Choose which affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
STEP 3. See how the system explode your list and sell your affiliate products all by itself!
Are you ready to make money ONLINE??
Your MONEY MAKING affiliate solution is RIGHT HERE