TUN M DIMINTA DISIPLINKAN DATU AKJAN
Kenyataan Media
Cleftus Mojingol
Presiden PKRDS
Pertubuhan Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah
Kota Kinabalu
3-2-2020
Mahathir Perlu Bertindak Isu Akjan
LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MAHU PERTAHAN KAMI ORANG ASAL
BANYAK telah diperkatakan oleh banyak pihak terhadap stetmen-stetmen provokatif perkauman dari seorang yang mengaku 'sultan Sulu' Datu Akjan Ali Muhamad, namun tiada yang kaitkan afiliasi politik orang ini.
Datu Akjan yang sebelum ini ahli Umno dan dikhabarkan kini salah seorang pemimpin PPBM dari Sabah, saya fikir perlu di'censure' oleh pimpinan parti politiknya, PPBM.
Kegagalan PPBM mendisiplinkan Akjan memberi gambaran parti itu bersekongkol dengan Akjan dalam cubaan merendah-rendahkan Orang Asal di Borneo khasnya Sabah. Ini memberi imej awam yang buruk kepada PPBM sekaligus Pakatan Harapan malah kepada Umno juga yang sekian lama 'memelihara' Akjan.
Paling kurang, PPBM, kalau benar Akjan ahli parti itu, perlu rujuk orang itu kepada lembaga disiplin parti kerana menyebabkan nama baik PPBM tercemar dengan skandal.
Saya dan ramai orang Sabah juga hairan kenapa para pemimpin PPBM Sabah begitu senyap mengenai ahli mereka mengeluarkan kata-kata nista terhadap kaum Kadazan, Dusun dan Murut. Apakah mereka diberi arahan dari seberang supaya menyokong dalam diam kenyataan Akjan?
Ketara benar, mereka ini hanya menunggu isyarat bos mereka dari Kuala Lumpur sahaja. Tiada pendirian sendiri dan takut bersuara untuk yang betul. Kita tolak semua sekongkolan ekstremisme begini.
Kita di Sabah pelbagai kaum dan agama sudah hidup saling menghormati walaupun tidak sehaluan agama, kebudayaan dan politik.
Kita mempromosi keharmonian termasuk kepada suku Suluk yang memang sudah berada di Sabah sebelum 1963 lagi.
Ini tidak bermakna bangsa Suluk dari negara jiran sesuka hati pula masuk ke Sabah. Sabah ini ada Perlembagaan juga dan ada undang-undang Imigresen.
Kenapa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad enggan perbetul keadaan, ini persoalan yang hangat diperkatakan di Sabah dari dulu. Kini, di bawah Dr Mahathir, sekali lagi perhatian tertumpu kepada beliau apakah sebenarnya agenda membenarkan orang seperti Akjan bebas mengaku sultan sulu dengan segala mohor, papan tanda, simbol dan kesombongannya dipapar di sana sini, termasuk menyerang seseorang di aipot Kota Kinabalu dua minggu lalu.
Adakah seseorang yang pernah menjadi ejen IC Palsu mempunyai lebih banyak keistimewaan dari warganegara bona fide Persekutuan Malaysia? Ini adalah penghinaan / mockery kepada Perlembagaan dan hak warganegara.
Lebih baik Dr Mahathir letak jawatan jika tidak ingin lagi mampu pertahan hak kami sebagai Orang Asal dari Borneo. Barang diingat Tunku Abdul Rahman hanya menyebut Borneo dan Singapura dan menjemput kami bersama menubuh Persekutuan Malaysia pada 1962 dan Tunku tidak menjemput wilayah lain dan kaum negara luar Borneo untuk berpakat.
Kenapa sekarang biarkan rakyat asing luar Borneo porak-poranda keharmonian yang kami bina dan jaga selama ini?
Sedangkan kami terutama di Sabah begitu 'peace-loving' walaupun diasak begitu dahsyat oleh kebanjiran mereka di tanah air kami.
Sekian.
CLEFTUS MOJINGOL
Presiden PKRDS
016 733 0833
Comments
You see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get anything they want.
These are the exact same methods many famous people (notably those who "became famous out of nowhere") and elite business people used to become rich and successful.
You probably know that you only use 10% of your brain.
That's really because the majority of your brainpower is UNCONSCIOUS.
Perhaps this thought has even taken place INSIDE OF YOUR very own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind around 7 years back, while driving an unregistered, garbage bucket of a car without a license and with $3.20 in his pocket.
"I'm very frustrated with going through life check to check! When will I get my big break?"
You've been a part of those those types of questions, ain't it right?
Your success story is going to happen. You need to start believing in YOURSELF.
Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast