OTAI REFORMASI SABAH,BELAJAR MERANGKAK DAHULU BARU BERLARI
Kenyataan dikeluarkan oleh Sangkar Rasam yang menamakan dirinya Pengerusi OTAI Reformis 1998 Sabah telah saya baca dan saya simpulkan sebagai kenyataan yang penuh jenaka.
Jenaka pertama, siapa Sangkar Rasam? Beliau merupakan seorang penjilat BN tegar sehingga tahun 2017 yang lalu. Hanya menyertai parti pada 2018 , selepas 19 tahun peristiwa Reformasi berlaku dalam negara. Maka ketawa besar saya setelah dia mengaku sebagai Otai Reformis!
Jenaka kedua, Sangkar menyifatkan kenyataan YB Zuraida Kamaruddin sebagai angkuh hanya kerana mengkritik pimpinan parti. Kita maklum dalam parti lama Sangkar, budaya menegur memang dianggap sebagai pengkhianat dan akan dikutuk. Kami tidak lupa, kerana itulah rakyat menolak BN pada pilihanraya lalu.
Jenaka ketiga, jika Sangkar ingin tahu definasi barah ianya ialah sekelompok manusia yang mengelilingi Presiden parti dan mempengaruhinya untuk membuat banyak keputusan yang mengecewakan akar umbi. Antaranya ialah memberi kelulusan khas untuk bertanding dalam pemilihan cabang dan juga keputusan-keputusan lain yang sangat kontroversi hingga menyebabkan akar umbi dan pimpinan parti diperkecilkan oleh anggota parti baru seperti Sangkar sendiri.Barah inilah yang harus dibuang dan dilenyapkan jika kestabilan parti seperti dahulu ingin dikembalikan.
Cukup sekadar itu jenaka-jenakanya. Saya nasihatkan Sangkar yang merupakan Ketua Cabang Keningau ini untuk lebih mengenali tradisi dan sejarah Keadilan.Umpama anak kecil yang baru lahir, tentunya perlu belajar merangkak dahulu barulah berlari.
YB Jaffari Waliam
Ketua Cabang Libaran
Comments