Posts

KAHWINI WANITA BERUSIA,PUTRAJAYA KAJI TEKTIK WARGA PAKISTAN DI SABAH

Image
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” kata beliau. Dipetik Bernama, Wan Aziza mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman yang mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut. Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah dilaporkan sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara u...

SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SABAH HARUS DIKAJI SEMULA

Image
Pendidikan mencorakkan bentuk rupa masyarakat kita di masa depan, makanya kerajaan Warisan menyedari hakikat ini dan memberi komitmen yang tinggi dengan kemajuan pendidikan anak-anak Sabah di semua peringkat. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan Warisan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM238.37 juta untuk pembangunan modal insan, keagamaan dan infrastruktur sokongan berkaitan pada tahun 2019. Kesungguhan kerajaan Warisan dalam agendanya untuk membangunkan modal insan ini juga dibuktikan dengan tindakan mengujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi. Kementerian ini akan merangka dasar, strategi serta melaksanakan program pembangunan untuk menambah baik dan meningkatkan lagi tahap pelajaran dan pendidikan di Sabah. Keperihatinan dan kesedaran Datuk Seri Shafie Afdal betapa pentingnya pendidikan bukan hanya sekadar sebagai tenaga memordenisasi negeri, selain itu mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Kerajaan Warisan telah menyediakan biasiswa pada tah...

HAJIJI BOHONG UMNO SABAH MASIH RELEVAN

Image
KOTA KINABALU: UMNO Sabah menafikan yang parti tersebut dikuasai oleh penyakit sindrom penafian apabila sebilangan ahlinya melompat menyertai parti lain selepas PRU ke 14. Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar) berkata memang terdapat segelintir ahli parti yang mengikut pemimpin masing- masing menyertai parti lain terutamanya parti BERSATU namun,ianya tidak menjejaskan kedudukan Umno di negeri ini. “ Kita akui ada ahli Umno menyertai parti lain khususnya parti BERSATU kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka masing masing yang tidak berintegriti dan memiliki prinsip perjuangan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi” katanya ketika ditemui di sini dan diminta  mengulas kenyataan Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di media ahad lepas yang mendakwa UMNO Sabah dikuasai penyakit sindrom penafian kerana kehilangan ahli yang menyertai parti BERSATU Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja segelintir pemimpin UMNO Sabah ya...

MUSA AMAN PERLU TAMPIL JAWAB PERSOALAN WANG 1MDB YANG DITERIMA UMNO SABAH

Image
Umum sudah melihat senarai penerima dana dari 1MDB yang dikeluarkan oleh SPRM baru baru ini.Antara yang tersenarai adalah UMNO Sabah.Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Ketua Menteri Sabah Dato seri Shafie Apdal.KM Sabah menjawab yang persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Seri Muda Aman yang juga mantan ketua perhubungan UMNO Sabah. Umum mengetahui yang Dato seri Shafie Apdal telah digantung keahlian UMNO kerana mempersoalkan skandal 1MDB kemudian mengumumkan keluar parti selepas itu.Tindakan itu mrmbuktikan yang beliau tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Berlainan dengan Musa Aman yang ketika itu adalah ketua perhubungan UMNO Sabah.Walaupun mungkin tidak menerima wang 1MDB secara peribadi tetapi sebagai orang no satu UMNO Sabah ketika itu adalah mustahil beliau tidak tahu samada UMNO Sabah ada menerima wang dari 1MDB atau tidak. Sehingga ke hari ini belum ada sebarang kenyataan dari Musa Aman tentang wang 1MDB yang diterima UMNO...

KAJIAN SENARIO ROKOK SELUDUP PALING TERUK BERLAKU DI SABAH DAN SARAWAK

Image
SEBANYAK 60 peratus pasaran rokok di negara ini dikuasai sindiket penyeludupan membabitkan RM5 bilion kerugian pendapatan cukai tidak terkutip. Pengarah Perundingan Kesan Ekonomi dari Oxford Economics berpangkalan di United Kingdom (UK) Pete Collings berkata, statistik itu menunjukkan Malaysia adalah negara paling ditembusi di dunia membabitkan rokok seludup. Katanya, berdasarkan kajian senario rokok seludup paling teruk berlaku di Malaysia timur apabila pasaran rokok seludup dijuarai Sarawak yang mencatatkan penembusan 83.5 peratus diikuti Sabah 81.3 peratus. "Di Malaysia barat, penembusan pasaran rokok seludup tertinggi berlaku di tiga negeri pantai timur iaitu Kelantan membabitkan 78 peratus diikuti Terengganu sebanyak 76.5 peratus dan Pahang mencatatkan 72.5 peratus penguasaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian itu di Persidangan Meja Bulat Isu Penjualan Rokok Seludup di Malaysia di ibu negara, hari ini. Turut menjadi panel pada ...

KEMUNCULAN MUSA AMAN JADI TANDA TANYA

Image
Kemunculan mantan ketua menteri Sabah Tan sri Musa Aman ke rumah terbuka Pengerusi Penaja PPBM Sabah YB Datuk Hajiji Md Noor telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat politik tanah air. Ramai yang tahu yang YB Hajiji tidak begitu mesra dengan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Dato seri Shafie Apdal.kenyataan Hajiji semasa PRK Sandakan yang menyalahkan kerajaan dalam isu PTI dilihat sebagai bukti yang Hajiji sebenarnya tidak dapat menerima Dato seri Shafie adalah ketua menteri sabah.Ia ditambah dengan kenyataan pengerusi STAR sebelum itu yang menganggap PPBM Sabah hanya menyokong kerajaan persekutuan tetapi menjadi pembangkang diperingkat negeri sama seperti hubungan USNO dan PBS setelah kejatuhan Kerajaan Berjaya  Kehadiran Musa yang juga bekas bos kepada Hajiji semasa dalam UMNO walaupun dilihat  adalah kunjungan sempena hariraya namun disudut lain mula timbul persoalan.Sebelum ini timbul desas desus yang orang di sebalik PPBM Sabah adalah Musa Ama...

KERAJAAN SABAH TERUS CAPAI KEMAJUAN,PEMBANGKANG SEMAKIN HILANG PERANAN

Image
Bagai anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh, perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada Cybertrooper pembangkang yang tidak pernah  menerima kebenaran dan sentiasa membenarkan yang salah ibarat menegak benang yang basah. Apa yang paling mengecewakan rakyat adalah peranan pembangkang tidak mencapai maksudnya kerana tidak berpegang pada kod etika sebagai pembangkang, maksudnya yang baik untuk rakyat pun mereka cuba gagalkan demi mencapai matlamat mereka supaya imej kerajaan nampak teruk dan tidak bertanggungjawab. Kerajaan baru sedang berusaha semaksimumnya untuk memakmurkan negeri ini dengan pendekatan untuk menjana ekonomi sebagai tambahan pendapatan cukai langsung dan tak langsung, bukan seperti zaman Barisan Nasional hanya semata-mata pendapatan utamanya dari kayu balak melalui royalty atau kerajaan langsung mengeskport log di luar negara. Kerajaan Warisan tidak lagi bergantung dengan pembalakan malahan mencari alternatif baru sebagai penyumbang pendapatan neg...