KERAJAAN SABAH TERUS CAPAI KEMAJUAN,PEMBANGKANG SEMAKIN HILANG PERANAN
Bagai anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh, perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada Cybertrooper pembangkang yang tidak pernah menerima kebenaran dan sentiasa membenarkan yang salah ibarat menegak benang yang basah.
Apa yang paling mengecewakan rakyat adalah peranan pembangkang tidak mencapai maksudnya kerana tidak berpegang pada kod etika sebagai pembangkang, maksudnya yang baik untuk rakyat pun mereka cuba gagalkan demi mencapai matlamat mereka supaya imej kerajaan nampak teruk dan tidak bertanggungjawab.
Kerajaan baru sedang berusaha semaksimumnya untuk memakmurkan negeri ini dengan pendekatan untuk menjana ekonomi sebagai tambahan pendapatan cukai langsung dan tak langsung, bukan seperti zaman Barisan Nasional hanya semata-mata pendapatan utamanya dari kayu balak melalui royalty atau kerajaan langsung mengeskport log di luar negara.
Kerajaan Warisan tidak lagi bergantung dengan pembalakan malahan mencari alternatif baru sebagai penyumbang pendapatan negeri dengan berbagai bidang termasuk bidang-bidang teknologi selain oil dan gas.
TEKNOLOGI TINGGI
MoU itu melibatkan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan SIRIM bagi agensi kerajaan.
MARii menjalin kerjasama bersama Center for International Economic & Technological Cooperation (CIETC) bagi bekerjasama dalam industri automotif, robotik dan Internet of Thing (IOT) serta bekerjasama dalam menjalankan kajian mengenai pelaksanaan projek untuk mewujudkan ‘Pusat Inovasi Automotif Kerjasama China-Malaysia’.
SIRIM dan Huawei Technologies Malaysia pula menjalin kerjasama bagi menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) dan ‘Smart Manufacturing’ atau Pembuatan Pintar.
“MoU bersama sektor swasta pula yang ditandatangani melibatkan K.T.I Sdn Bhd dan Sany Construction Industry Development Sdn Bhd;
Memorandum Perjanjian antara PP Telecommunication Sdn Bhd dan China Wuhan Fiber-Home Telecommunication Technologies Co.Ltd.
MoU antara NHY Borneo dan Sany China.
Smart Manufacturing’ itu melibatkan pengggiat utama industri pembuatan seperti Huawei Malaysia, Kumpulan Beidou Communication, First Solar, Proton, Perodua, Hikvision, Hisense, Jinko serta beberapa syarikat lain yang sudah lama beroperasi dan baru beroperasi di Sabah.
INDUSTRI DAN HARTANAH
Selain itu, terdapat juga pelabur China yang berminat melabur dalam industri hartanah, pembuatan kaca dan perabot di Sabah. Pembangun industri pembuatan di Sabah akan menyerap banyak tenaga spara mahir dan mahir.
KILANG SAWIT
Sebuah kilang bernilai RM13 bilion yang terbesar dalam pelaburan tunggal di Sabah dijangka akan ditubuhkan di Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Lahad DATU diantara POIC Sabah Sdn Bhd, dan Burel Industries Sdn Bhd.
MINYAK DAN GAS ASLI
Selain yang sedia ada SOGIP dan SAMUR di Sipitang, lawatan ketua menteri dan rombongan Perdagangan telah menanda tangani MoU bernilai 20 billion ringgit pelaburan merangkumi pelbagai bidang.
PROGRISES LAIN
Projek pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Rondoggung sepanjang 60 kilometer kini siap 90.68 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Nov 2019.
Kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menunaikan manifesto pilihan raya apabila memberikan tanah kepada rakyat yang telah membuat permohonan sejak sekian lama. Geran berstatus Anak Negeri berkeluasan 200 hektar itu yang diserahkan pada penerima dari Kampung Pinangah, Kironggu, Entilibon, Kitumbalng dan Telibon, iaitu yang pertama diagihkan akan disusuli permohonan secara berperingkat oleh pemohon dari kawasan yang lain.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan (Azam) yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah menyertai latihan kemahiran sebelum diberikan modal untuk memulakan perniagaan untuk membantu golongan tersebut menjana pendapatan bagi memastikan tahap kehidupan sosial dan ekonomi mereka meningkat.
Di peringkat DUN dan Parlimen sudah mengagihkan peruntukan untuk projek kecil di kawasan masing-masing seperti RM135,000.00 diluluskan untuk Kg. Kopungit, Kadazanduzun village located di Kota Kinabalu. Kerajaan Persekutuan akan menambah jumlah peruntukan bagi membina kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membiayai kos membaik pulih rumah golongan miskin di Sabah, tahun depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan RM57 juta bagi membina 450 rumah PPRT dan membaik pulih 1,740 rumah di negeri ini.
Aktiviti kerajaan akan bertambah rancak terutama dalam pembangunan dan pelaburan dalam masa terdekat ini dan rakyat akan dapat menikmati hasilnya.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments