PEMBANGKANG KETANDUSAN IDEA CUBA MENCIPTA ISU UNTUK PEMBOHONGAN POLITIK
Satu lagi debaran yang ditunggu RCI mykad dan pendatang tanpa izin mungkin akan dibentang di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat untuk mengetahui kedudukan projek mykad dan pendatang tanpa izin. RCI berkaitan isu itu, yang berlangsung di hadapan panel lima anggota yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong, telah pun bersidang dan berakhir pada 2013.
RCI itu telah dibuat pada era Barisan Nasional tetapi laporan suruhanjaya itu tidak pernah dilaporkan pada umum sehingga menimbulkan tanda tanya dan kecurigaan pada rakyat keseluruhanya. Apakah kesimpulan dan cadangan suruhanjaya itu berhubung dengan isu mykad dan pendatang tanpa izin di negeri ini.
Pembentangan hasil laporan suruhanjaya diraja itu pada umum akan menjawab teka teki sejauh mana kebenarannya isu itu dan siapakah individu yang terlibat.
Disamping kerajaan negeri melaksanakan cadangan yang diutarakan oleh suruhanjaya diraja itu, tetapi jangan lupa mengambil tindakan kepada mana mana pihak yang menjadi dalang berhubung dengan pemberian mykad secara haram dan kebanjiran pendatang asing di negeri ini sehingga menjadi masalah sosial yang dibebankan kepada kerajaan Warisan hari ini, sehingga pihak pembangkang menunding jari kesalahan ini pada kerajaan semasa.
Ada cadangan dari PBS untuk menubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja berhubung isu PTI dan MyKad, tetapi kerajaan lebih cenderung mengguna pakai hasil siasatan RCI 2013 tetapi alasan ini telah diambil kesempatan oleh pembangkang kononnya Warisan sedang menyembunyikan sesuatu kerana menurut mereka (pembangkang) kerajaan Warisan telah memberi beribu ribu mykad pada PTI, walaupun pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen menolak dakwaan ini adalah palsu dan tidak ada kebenarannya sama sekali.
Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan idea, hanya mereka cipta isu dengan pembohongan hanya mengikut naluri mereka dengan harapan rakyat akan terpengaruh agar menolak dan membenci kerajaan Warisan.
Sebenarnya dengan tidak disedari pembangkang telah kehilangan pengundi dari projek mykad yang ditaja oleh Barisan Nasional semasa menjatuhkan PBS pada 1994 kalau memang ada kebenarannya.
MOHD FIRDAUS DIUN
KETUA WIRA PUTATAN
Comments