KENAPA PEMBANGKANG SABAH KURANG MAINKAN POLITIK PEMBANGUNAN?
Sejak parti Warisan mula mengorak langkah memasuki politik Sabah, tidak lekang dek cabaran untuk memecah tembok Barisan Nasional yang memerintah Sabah sejak 1994 - 2018. Berbagai aral melintang dihadapi, hampir semua pemimpin tongkaknya merasa bermalam dalam penjara, pejuang-pejuang dihina dan dicerca malahan dianggap sebagai binatang a....ing. Berkat ketekunan dan keyakinan, tak jemu dan bosan menerangkan objektif Warisan membawa harapan baru dan impian rakyat, telah diberi mandat hasil kerjasama dengan gabungan sekutunya.
Kini kerajaan Warisan dan sekutunya sudah melangkah setahun lebih mentadbir negeri ini, sudah banyak perkara telah diselesaikan terutama tuntutan hak-hak Sabah menerusi MA63 hampir ke penghujungnya yang ditangani oleh jawatankuasa khas kabinet yang di pengerusi oleh Perdana Menteri sendiri, hanya kita bersabar sedikit masa untuk melihat hasilnya.
Namun pun demikian tidak terhenti disana, kini kerajaan menghadapi cabaran berhadapan dengan isu pendatang tanpa izin yang agak keterlaluan tuduhan yang dimainkan oleh Cybertrooper yang kononnya kerajaan Warisan gagal tangani isu ini. Kerajaan beriltizam mencari berbagai kaedah penyelesaian dengan kerjasama agensi kerajaan keselamatan dalam negeri Sabah, agensi Persekutuan, Imigresen dan Pendaftaran Negara. Beri kepercayaan kepada agensi ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka daripada kita bising tanpa penyelesaian, malahan timbul kecelaruan sehingga rakyat merasa tidak selesa.
Sebenarnya telah banyak usaha yang kerajaan Warisan buat dalam masa setahun ini terutama pelaburan luar dari Cina telah membuat MOU dengan kerajaan dan syarikat swasta yang bernilai ratusan ribuan juta ringgit. Manakala pembangunan infrastruktur jalanraya, empangan, jambatan dan berbagai lagi semua dalam senarai perancangan dan bantuan bantuan khas untuk membantu basmi kemiskinan di bawah program Azam.
Kita jangan terikut jejak pembangkang yang kerjanya setiap hari menegur, anggaplah sebagai checks and balances. Ambil iktibar atas teguran mereka sebagai penggalak untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan, umpamanya sikap ketua menteri Sabah bersikap senyap tetapi terus bekerja untuk memakmurkan negeri ini.
Kerajaan wajar bergerak ke hadapan walau apa pun rintangannya, biar lah mengikut acuan dan kemampuan tanpa dipengaruhi oleh cacamarba dari pihak pembangkang. Biar mereka (pembangkang) yang akhirnya akan mengakui kejayaan dari usaha kerajaan yang terus menerus.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments