ADUN LANTIKAN ADALAH KUASA KETUA MENTERI SABAH
Hak rakyat adalah memilih kerajaan, selepas itu wakil rakyat yang dipilih akan dipilih menganggotai jemaah menteri adalah hak mutlak ketua menteri yang memilih menurut pendapatnya yang boleh membantu beliau untuk mentadbir kerajaan bersama dengan pegawai-pegawai awam yang sedia ada.
Sabah hanya sebuah negeri yang mempunyai tambahan enam wakil rakyat lantikan, tanpa melalui pemilihan umum adalah hak ketua menteri melantik menurut pendapatnya yang boleh memperkukuhkan pentadbiran, kedudukan politik atau memperkukuhkan hubungan kerjasama antara parti anggota dalam kerajaan.
Persoalan sekarang, DAP diperuntukkan satu Dun lantikan yang bukan lahir di Sabah ada persamaannya dengan presiden perbandaran Sandakan yang dilantik individu yang lahir di Sarawak tetapi telah menetap di negeri dibawah bayu ini puluhan tahun lepas.
Peruntukan ini telah ujud sejak 1963, ada kemiripannya dengan lantikan ahli dewan negara di peringkat pusat untuk memenuhi keperluan wakil parti dan kepakaran yang diperlukan oleh kerajaan.
Hak mutlak ketua menteri ini, tidak boleh dipertikaikan kerana tidak ada satu akta atau undang-undang negeri yang boleh menghalang beliau melantik dengan siapa saja menurut pendapatnya dengan tujuan kebaikan untuk negeri.
Ada pihak tertentu cuba mempolitikan isu pelantikan Bendahari DAP Sabah sebagai ahli dewan undangan negeri kerana beliau bukan lahir disini (Sabah) konon Datuk Seri Shafie Afdal tidak patriotik terhadap negeri ini, atas alasan orang Sabah sendiri boleh mengisi lantikan itu tetapi harus ingat lantikan itu atas permintaan DAP sekutunya Warisan dengan alasan memperkukuhkan lagi pengaruhnya atau keperluan atas alasan yang lain.
Soraya
Comments