ERA BARU SPRM SUDAH BERMULA
Kita peka dengan pelantikan bos baru SPRM, mungkin membuat satu kejutan dengan lebih ramai lagi akan akan didakwa dengan berbagai kesalahan rasuah, penggubahan wang haram dan salahguna kuasa.
Semasa era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional adalah menjadi satu kemegahan amalan rasuah pemimpin dan kroni amat bangga tanpa berselindung dengan aktiviti rasuah terutama dalam projek-projek kerajaan.
Mereka menjadi kaya mendadak tanpa sumber yang jelas tidak diambil tindakan oleh SPRM atau Jabatan Hasil. Sudah setahun yang lalu, sehingga sekarang belum ada tangkapan dan pendakwaan hanya beberapa kes yang terpilih.
Dengan kehadiran bos baru SPRM ini Puan Latheefah Koya, tentu ramai yang merasa cemas terutama pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang dulu, yang terdedah dengan rasuah tentu menggusarkan mereka dengan perkembangan baru ini. Jika telah terlibat dengan rasuah bersedialah menghadapinya, kerana terpaksa membayar harga tinggi dengan perbuatan yang telah dilakukan.
Orang ramai wajib memberi kerjasama dengan agensi SPRM dapat membantu melapor mana-mana individu yang dikhuatiri terlibat dengan amalan durjana rasuah ini.
Soraya
Comments