HAJIJI MULA DITOLAK PENGGERAK AWAL BERSATU SABAH



Hanya beberapa bulan pelancaran PPBM-Sabah sudah menghadapi berbagai cabaran akibat kepimpinan yang lemah. Diramalkan ramai lagi ahli-ahlinya akan meninggalkan parti ini berhijrah ke parti kerajaan yang memerintah.

Sejak PPBM melebarkan sayapnya ke Sabah telah membuat kesilapan demi kesilapan, akibat sikap tamak dan saling tidak percaya di antara satu sama lain di kalangan bekas-bekas pemimpin UMNO.

Kesilapan pertama telah menolak dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengalaman di antara lainnya Datuk Lajim Hj Okin dari parti Harapan Sabah yang dikenali sebagai janang gayuh di kalangan Bisaya Sabah dianggarkan mempunyai puluhan ribu pengikut di seluruh Sabah.

Datuk Salleh Said, adalah mantan ketua menteri Sabah adalah tidak boleh dinafikan pengaruhnya masih kuat di seluruh negeri, namunpun beliau tewas dalam PRU14 tetapi pengaruhnya masih kuat di kalangan akar umbi suku Bajau di seluruh Sabah, serta beliau dikatakan mempunyai kekuatan logistik untuk menggerakkan mana-mana parti yang akan beliau sertai.

Tan Seri Pandikar boleh menjadi aset pada mana-mana parti yang beliau sertai kerana mempunyai kebolehan sebagai perancang strategik politik, hasil dari pengalamannya sebagai presiden beberapa buah parti yang diasaskan oleh beliau sendiri dari Parti Bersih dan Akar, kononnya agak bersih dari korupsi berbanding dengan pemimpin UMNO yang lain tambahan sebagai presiden USBO telah terbukti mendapat sambutan dalam jelajahnya sebelum PRU 14.

Menurut pemerintahan politik adalah satu kesilapan yang besar pada Tun M kerana memberi tanggungjawab kepada Datuk Hajiji Haji Nor untuk mengetuai PPBM - Sabah, kerana ramai menilai beliau bukanlah seorang pemimpin dan pejuang kerana selama ini politiknya lebih cenderung menyelamatkan karier politiknya semata-mata. Sepanjang UMNO Barisan Nasional memerintah di Sabah tidak berbuat apa-apa terhadap suku Bajau hanya mengikut telunjuk Musa Aman, dan mantan ketua menteri Sabah itu hanya memperalatkan Persatuan Bajau-Samah yang beliau sebagai presidennya.

Menurut pemerhati politik, jika kekuatan itu disatukan dan digambling dengan berkesan. Bersatu akan menjadi kuat dan mendapat sambutan yang baik di negeri ini.

Soraya

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?