RAKYAT RISAU PPBM SABAH TAK MESRA KERAJAAN NEGERI SABAH




Hubungan Warisan-PPBM di peringkat Persekutuan nampak OK tetapi di peringkat negeri belum ada tanda tanda usaha kerjasama oleh pemimpin terutamanya dari PPBM masih kelihatan sejuk dan dingin.

Keadaan ini amat menggusarkan pada penyokong kerajaan, apakah situasi ini tidak akan membawa kerugian besar pada kedua dua pihak? Yang akan menjejaskan peluang kemenangan untuk menghadapi pilihan raya ke 15 yang hanya berbaki empat tahun lagi.

Ramai mengatakan Datuk Hajiji Haji Nor besar kepala sejak diamanahkan sebagai ketua penyelaras PPBM di Sabah kerana tidak membuat langkah langkah pendekatan yang memperkuatkan hubungan mesra di antara PPBM - Warisan.

Bila mendengar desas desus di antara kedua dua pihak penyokong parti seakan ada Api dalam sekam, hanya menunggu kebakaran yang bakal menghancurkan hubungan kerjasama yang terjalin dalam keadaan Bersetuju untuk tidak bersetuju.

Bagi pihak penyokong Warisan melihat serong pada PPBM kerana telah melanggar janjinya untuk tidak mengembangkan sayapnya di negeri ini, apa lagi tidak sesuai dengan janjinya untuk memperkukuhkan kedudukan Warisan, tetapi disebaliknya malahan khabar burung ada usaha kelompok PPBM akan mengambil alih kedudukan ketua menteri Sabah dengan menggerakan kempen dua parti (PH-BN).

Sebelum nasi menjadi bubur, wajarlah ada langkah langkah konkrit perlu diambil, apa lagi tempoh Tun M sebagai pengerusi PPBM hanya tinggal dua atau tiga tahun lagi adalah dikhuatiri situasi ini tidak dapat ditangani oleh bakal pengganti beliau kelak.

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?