CARI JALAN SELESAIKAN ISU PTI BUKAN CARI JALAN UNTUK DIPOLITIKAN
Negeri kita (Sabah) dianugerahkan kekayaan sumber semula jadi dikelilingi oleh lautan yang kaya dengan berbagai jenis dari minyak, gas, makanan laut yang belum diterokai secara semaksima, manakala buminya yang subur terpacak panorama yang mempersonakan.
Anugerah Allah yang dikurniakan ini jika tidak diurus dengan baik akan membawa malapetaka dan kesusahan pada penduduknya.
Tarikan ini lah membawa orang asing mendatangi negeri ini untuk tumpang mencari rezeki sehingga membawa kerisauan dengan berbagai pihak. Apa lagi pemerintah terdahulu tidak mengambil berat tentang masalah ini hanya mementingkan mencari kekayaan diri sendiri dengan jalan pintas, mereka (ahli politik) berjaya menjadi kaya raya tetapi masalah yang mereka tinggalkan menjadi satu ancaman pada rakyat di negeri ini.
Peluang ini telah diambil kesempatan oleh ahli politik (parti politik) yang jahat dan pemain sektor Perladangan dan Pertanian membawa masuk pendatang asing ini melalui pintu belakang dengan berbagai motif sebagai penyokong parti mereka dan dijadikan buruh di ladang mereka.
Situasi yang gawat ini yang diwarisi dari kerajaan lama telah menjadi beban pemerintahan semasa, kerajaan menghadapi kesukaran untuk membersihkan kotoran ini bukan hanya dari aspek kosnya, tetapi secara teknikal ada yang sudah menjadi warganegara.
Untuk mencari satu jawapan yang konkrit mengatasi wabak ini, tidak adil hanya menunding jari dibebankan pada pemerintah tetapi semua pihak wajar memainkan peranan dari mencegah pertambahan baru orang asing ini. Setakat yang termampu umpamanya menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, melapor serta membuat cadangan dengan kerajaan bukan menjadikanya isu politik untuk meraihkan sokongan politik pada parti anutan masing-masing.
Jadilah warganegara yang bertanggungjawab untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negeri ini dari diganggu-gugat oleh pendatang tanpa izin.
Soraya
Comments