KERAJAAN SABAH MAKIN MANTAP PEMBANGKANG SEMAKIN KEKURANGAN ISU




Kerajaan sepenggal adalah tanggapan orang-orang yang kecewa yang kehilangan kuasa pada 9 May 2018, lantas meroyan kerana kehilangan sumber pendapatan, darjat, pangkat dan segala-galanya. Bukan setakat itu saja, dalam masa terdekat akan ada yang menjadi banduan hasil dari perbuatan mereka yang pecah amanah, salahguna kuasa, penggubahan wang haram dan koruptor.

Alasan golongan ini, cuba membandingkan kejayaan kerajaan memerintah selama 61 tahun dengan kerajaan yang hanya mentadbir dalam usia setahun. Sudah sememangnya kerajaan Barisan Nasional nampak lebih baik, tetapi hakikatnya menuju ke negara mundur kerana dibebani hutang yang banyak dan rakyat pula dipaksa menampung hutang kerajaan melalui system regim cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kata mudah difahami semua pengguna tak kira miskin atau kaya tidak terkecuali membayar cukai dan perkhidmatan.

Kelembaban pembangunan dan perkhidmatan tahun pertama agak perlahan kerana kerajaan terpaksa menumpukan perhatian dengan permasalahan yang diwarisi dari Barisan Nasional, umpamanya lambakan hutang secara langsung dan tak langsung, hutang 1MDB melalui bon dan hutang dari negara Cina yang kadar faedahnya agak tinggi untuk tujuan pembangunan projek mega.
Hampir separuh pendapatan negara digunakan membayar hutan piutang sehingga projek-projek dan perkhidmatan yang lain yang diberikan pada rakyat terpaksa dihentikan atau dikurangkan umpamanya bantuan pekebun getah dan nelayan dll.

Namunpun begitu, kerajaan semasa tidak boleh dianggap kerajaan gagal kerana masih mampu membayar hutang, gaji perkhidmatan awam, pendidikan dan kesihatan rakyat berjalan tanpa menghadapi masalah.

Isu-isu khasnya di negeri Sabah, hak Sabah melalui MA63 dapat ditangani dengan baik sehingga isu ini senyap dan bukan lagi menjadi senjata pembangkang menyerang kerajaan. Hanya tinggal isu pendatang tanpa izin(PATI) dalam rangka dituntaskan dengan kaedah kesepaduan agensi kerajaan pusat dan negeri, umpamanya ESSCOM mengawal perairan Sabah dari dicerobohi oleh penculik dan kebanjiran orang asing dari negara jiran. Dari impak politik isu PTI ini, telah digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional Sabah tetapi tidak ada kesannya sehinggakan boleh bertahan dari 1994 ke 2018, itu pun faktor kejatuhannya atas ketamakan Musa Aman.

Adalah diramalkan kerajaan semasa adalah lebih baik dari Barisan Nasional. Rakyat dapat menikmati faedah dan kemakmuran negara kerana rasuah dapat dikurangkan serta kerajaan berusaha mengembalikan status negara ini sebagai ekonomi Harimau Asia.

Soraya

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?