Posts

Showing posts from November, 2019

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH

Image
Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu diperketatkan berikutan kes pendengaran rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman beliau yang mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Kawalan keselamatan bermula di laluan utama menuju ke kompleks mahkamah bagi memeriksa kenderaan yang ingin memasuki pekarangan mahkamah. Pekarangan kompleks mahkamah dibanjiri penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) seawal 8 pagi. Dianggarkan hampir 200 orang penyokong kedua-dua belah parti hadir bagi memberi tanda sokongan kepada Musa dan Mohd Shafie. Turut hadir adalah Menteri Belia & Sukan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dumi Masdal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Loretto S. Padua dan Terrence Siambun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. Pada 7 November 2018, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula yang difailkan Musa terhadap Y...

MUSA AMAN MUNGKIN MENANG NAMUN SUKAR UNTUK DUDUKI KERUSI KM SABAH

Image
Untuk memenuhi keadilan, pihak mahkamah telah menerima rayuan Musa Aman walaupun sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa pelantikan ketua menteri Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) oleh Yang di Pertua Negeri Sabah adalah sah di sisi undang-undang Sabah.  Hari ini, sekali lagi pengamal-pengamal politik menumpukan perhatian di mahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana rayuan Musa Aman akan diperdengarkan sekali lagi, sama ada beliau masih kekal sebagai ketua menteri Sabah atau di sebaliknya. Pemerhati dari peguam-peguam veteran berpendapat rayuan kes ini adalah dijangka akan menyebelahi pada pihak kerajaan namunpun itu cuma satu andaian atau pendapat tetapi mahkamah lah yang paling berhak memutuskannya.  Penyokong Musa Aman telah memasang angan-angan Mat Jenin kerana menurut mereka, Boss mereka itu akan kembali berkuasa dan Bersatu akan mengambil alih peranan Warisan sebagai tulang belakang kerajaan Sabah kononnya percaturan Tun Mahathir. Umpamanya sebagai tand...

ESOK MUSA AMAN BAKAL KEMBALI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH?

Image
1.Perlembagan Sabah menurut  tafsiran hakim adalah berdasarkan kepada anggota ahli dewan bukan dari segi  komposisi parti wakilnya yang menang dalam pilihanraya.  2.Dengan itu, berakhir lah teka teki siapa ketua menteri Sabah yang sah, mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Shafie Afdal pelantikannya sebagai KM selaras Perlembagaan Negeri.  3.Tan Sri Musa Aman sekali lagi meletakkan situasi politik Sabah dalam ketidak tentuan apabila berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak saman pemulanya berhubung isu ketua menteri Sabah. 4.Beliau masih tidak berpuas hati dengan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk melantik dan memecat ketua menteri.  5.Walaupun Musa berhak membuat rayuan berhubung kes  itu tetapi ramai melihat beliau lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah kerana sedikit sebanyak perbuatannya itu akan membent...

PENYOKONG PARTI STAR SABAH DESAK MAHKAMAH SYARIAH SABAH DIBUBARKAN

Image
Melalui satu posting di FB pemilik akaun LEE LEVIS mencadangkan beberapa perkara berdasarkan fahaman terhadap batu sumpah Keningau. Antara desakan LEE LEVIS adalah kerajaan wajib membubarkan mahkamah syariah Sabah dan Memberhentikan rancangan agama di televisyen.