ESOK MUSA AMAN BAKAL KEMBALI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH?




1.Perlembagan Sabah menurut  tafsiran hakim adalah berdasarkan kepada anggota ahli dewan bukan dari segi  komposisi parti wakilnya yang menang dalam pilihanraya. 

2.Dengan itu, berakhir lah teka teki siapa ketua menteri Sabah yang sah, mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Shafie Afdal pelantikannya sebagai KM selaras Perlembagaan Negeri. 

3.Tan Sri Musa Aman sekali lagi meletakkan situasi politik Sabah dalam ketidak tentuan apabila berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak saman pemulanya berhubung isu ketua menteri Sabah.

4.Beliau masih tidak berpuas hati dengan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk melantik dan memecat ketua menteri. 

5.Walaupun Musa berhak membuat rayuan berhubung kes  itu tetapi ramai melihat beliau lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah kerana sedikit sebanyak perbuatannya itu akan membentur program dan urus tabir kerajaan terutama pelabur luar dan dalam negeri dalam mood tunggu dan lihat.

6.Sebaiknya Musa lebih menumpukan perhatian terhadap kes-kes yang dihadapinya di mahkamah agar beliau dapat membersih namanya yang terpalit dengan rasuah. 

7.Dalam pada masa yang sama, ramai rakyat mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menjejaki harta-harta beliau yang meliputi keluarganya yang diperolehi tidak sah di sisi undang-undang dan jika ada didapati seharusnya dikembalikan kepada rakyat. 

8.Walau bagaimana pun ketua menteri Sabah menyeru kepada semua pihak terutama ahli-ahli warisan dan kakitangan awam memfokus perhatian membantu rakyat yang perlu perhatian dan kemajuan negeri.


Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?