MUSA AMAN MUNGKIN MENANG NAMUN SUKAR UNTUK DUDUKI KERUSI KM SABAH
Untuk memenuhi keadilan, pihak mahkamah telah menerima rayuan Musa Aman walaupun sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa pelantikan ketua menteri Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) oleh Yang di Pertua Negeri Sabah adalah sah di sisi undang-undang Sabah.
Hari ini, sekali lagi pengamal-pengamal politik menumpukan perhatian di mahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana rayuan Musa Aman akan diperdengarkan sekali lagi, sama ada beliau masih kekal sebagai ketua menteri Sabah atau di sebaliknya.
Pemerhati dari peguam-peguam veteran berpendapat rayuan kes ini adalah dijangka akan menyebelahi pada pihak kerajaan namunpun itu cuma satu andaian atau pendapat tetapi mahkamah lah yang paling berhak memutuskannya.
Penyokong Musa Aman telah memasang angan-angan Mat Jenin kerana menurut mereka, Boss mereka itu akan kembali berkuasa dan Bersatu akan mengambil alih peranan Warisan sebagai tulang belakang kerajaan Sabah kononnya percaturan Tun Mahathir. Umpamanya sebagai tanda-tanda yang jelas kes imigresen hilang begitu saja selepas pilihanraya beliau telah menghilangkan diri tanpa melalui pintu rasmi yang dikhabarkan telah diberi bantuan oleh HICOM Malaysia di Brunei sehingga lolos ke London tanpa pengetahuan pihak imigresen.
Laporan polis telah dibuat oleh pihak Istana Negeri Sabah tentang ancaman Musa Aman semasa di Istana negeri kerana kelambatan TYT melantik beliau sebagai ketua menteri walaupun telah mendapat sokongan simple majoriti tetapi hanya bertahan 48 jam kerana wakil dari UPKO menarik sokongan mereka terhadap Musa Aman.
Penguguran lima kes Musa Aman bersabit korupsi, salahgunakuasa dan penggubahan wang haram walaupun masih ada berbaki 30 kes tetapi diperlahankan sementara menunggu Musa Aman akan kembali sebagai ketua menteri Sabah atau dilantik menjadi Yang di Pertua negeri Sabah.
Musa Aman akan dilindungi melalui PPBM buktinya anaknya ahli parlimen Sipitang telah diterima menjadi ahli parti dari Malaya itu. Walaupun mantan ketua menteri OKT (Orang Kena Tuduh) itu belum diterima di Bersatu tetapi beliau adalah pemain utama dalam PPBM, tetap membekal kewangan untuk aktiviti parti sebagaimana peranannya dalam UMNO suatu ketika dulu.
Akhir sekali, Sultan negara jiran kita dikatakan meminta budi bicara Tun M agar Musa Aman dilepaskan dari semua kes pertuduhan mahkamah sama seperti Tun M dikatakan melindungi Taib Mahmud di Sarawak yang penuh dengan skandal rasuah di sepanjang pemerintahannya.
Comments