Posts

TIDAK BERSAMA PN BUKTI JELAS DSSA MEMPUNYAI VISI POLITIK YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SABAH

Image
Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai ketajaman ramalan politik negara, setanding pemikiran negarawan Tun Mahathir kerana tidak turut bersama dalam pembentukan kerajaan PN. Bukannya kerana beliau sombong walaupun pernah diberi tawaran untuk mengekalkan kerajaan Warisan. Sekiranya Datuk Shafie Apdal mempunyai kedangkalan memahami politik negara, sudah pasti beliau telah menerima tawaran PN dan akan terperangkap dengan keadaan semasa di mana kestabilan politik tidak menentu, ekonomi hancur, pengangguran ke tahap yang membimbangkan dan kos hidup semakin tinggi akibat kenaikan harga barang yang gagal dikawal. Tidak sampai setahun walaupun Warisan menerima kekalahan dalam PRNS16, tetapi telah menjadi perhatian kembali kerana sudah ada parti lain menawarkan kerjasama untuk menghadapi spekulasi bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh hanya menunggu waktu. Ramai melihat kerajaan PN sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat seba...

TIDAK TAHAN JADI PEMBANGKANG,LDP DIJANGKA SERTAI PN

Image
KOTA KINABALU: Bekas parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dilihat hampir pasti menyertai Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Chin Su Phin tidak mengiakan spekulasi parti itu akan menjadi ahli terbaru gabungan pemerintah itu selepas Gerakan, tetapi memberi petunjuk LDP bersedia melakukannya. “Mungkin benar, mungkin tidak,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas, sebelum menambah: “Kemungkinan besar (sertai PN), tunggu ia berlaku secara semula jadi.” “Apa saja mungkin berlaku dalam politik. Sesiapa saja yang kita sertai, tujuannya ialah berkhidmat kepada rakyat.” Pada pilihan raya negeri (PRN) September tahun lalu, LDP berkata, ia tidak akan menyertai gabungan atau parti lain kerana percaya ia boleh membuat kejutan sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya itu. Parti itu bertanding 46 kerusi, tetapi kalah semuanya, termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Api-api yang ditandingi Chin dan Inanam oleh bekas ketua menteri, Chong Kah Kiat dalam cubaannya unt...

HAJIJI BELAKANGKAN ASPIRASI ANAK SABAH

Image
“Sabah Untuk Malaysia” yang cuba dipopularkan oleh ketua perhubungan PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor yang juga ketua menteri Sabah suatu ketika dahulu, sebenarnya dengan penuh sarkastik menyindir setengah parti yang membawa slogan “Sabah for Sabahan” dalam perjuangan mereka. Menurut beliau itu hanya retorik politik yang berpandangan sempit, hanya semata-mata berniat memancing sokongan rakyat, tidak lebih dari itu. Sekali lagi, Datuk Hajiji Mohd Noor cuba mempengaruhi rakyat Sabah agar berkiblatkan dengan parti dari Malaya tetapi kali ini melalui parti PPBM. Menurutnya lagi hubungan dengan Persekutuan wajar dirapatkan jika rakyat Sabah mahu menikmati kemajuan secara berterusan. Namun selama 15 tahun Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah, apa pemimpin Barisan Nasional Sabah seperti Musa Aman dan Hajiji lakukan untuk Sabah? Apakah aspirasi rakyat Sabah tercapai selama UMNO menjadi pemerintah di Sabah? Apakah parti yang berasaskan Melayu ini mengangkat martabat Sabah agar keluar dari ne...

HARI PERNIKAHAN ANAKANDA SHAFIE BERTEMBUNG DENGAN MAJLIS PERASMIAN TILAWAH DAN HAFAZAN 16HB FEB 2020

Image
Majlis perasmian Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat Kebangsaan kali ke 63 yang telah rasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada 16 Feb 2020. Majlis ini di hadiri kira2 lebih 5000 orang dan penyertaan yang ramai drp seluruh negeri di Malaysia.    Turut hadir adalah Menteri agama Dr Mujahid. Manakala Kerajaan Negeri Sabah di wakili oleh Dr Jaujan selaku Timbalan Ketua Menteri dan sekaligus menyampaikan ucapan bagi pihak shafie Ketua Menteri Sabah. Majlis ini juga di hadiri oleh 2 timbalan Ketua Menteri iaitu Cristina liew dan Wilfred Madius Tangau serta jemaah Menteri dan pembantu menteri daripada Sabah. Keharmonian negeri Sabah patut di contohi kerana kehadiran orang ramai dan tetamu jemputan juga terdiri daripada berbilang agama yang ada di Sabah.         Pada hari Perasmian MTHQK 2020 Shafie selaku Ketua Menteri Sabah dan sebagai tuan rumah tidak hadir. Ramai yg tertanya2 dan juga mengeluarkan kenyataan2 yg ti...

SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UNTUK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION

Image
SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UTK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION Dalam kenyataan terbaru Sabahkini2 pd 17hb Februari 2020, Sabahkini2 telah cuba menimbulkan persepsi negatif kepada Jabatan Air dan Kerajaan Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan fitnah yg tidak berasas yang kononnya Jabatan Air akan mengeluarkan LOA/SST kepada 2 syarikat iaitu syarikat Wira Syukur Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd. Sabahkini2 juga mendakwa bahawa LOA ini sengaja di percepatkan kerana kes mahkamah Amarjit yang akan dibicarakan semula. Kononnya sebelum kes di bicara kan semula Jabatan Air Melalui Amarjit akan mengeluarkan surat LOA/ SST kpd 2 Syarikat tersebut. Sabahkini2 juga mendakwa kononnya 2 syarikat ini telah di jual kepada syarikat dari China. Pelbagai persepsi dan tuduhan oleh Sabahkini2 yang sengaja di timbulkan supaya mempengaruhi orang ramai untuk percaya. Daripada gaya penulisan Sabahkini2 memang jelas ingin mengelirukan pembaca. Ini k...

RAYMOND AHUAR PUTAR BELIT PUNCA DIA DIPECAT

Image
Raymond merupakan bekas calon PKR parlimen pensiangan dan di kalahkan oleh calon BN Arthur kurup. Manakala bapa Raymond iaitu Ahuar Rasam merupakan calon Warisan dan juga di kalahkan oleh Calon BN bobbey suan. Raymond juga merupakan Ketua AMK PKR Sabah serta Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah. Beliau juga merupakan Presiden pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Sabah Pada 11hb Raymond telah di pecat oleh Kabinet Sabah sebagai Setiusaha Politik Menteri / Timbalan Ketua Menteri Cristina liew.. Raymond membuat kenyataan dlm Malaysiakini bahawa pemecatannya ini adalah kerana lawatan kerjanya ke Nabawan. Ini jelas bahawa Raymond memutar belit kan isu pemecatannya seolah2 beliau di pecat atas isu balak yg di perjuangkan nya. Ini bercanggah dgn kenyataan tersebut. Kabinet bermesyuarat pada jam 8 pagi 12 Februari 2020. Lawatan yang dia nyatakan adalah pada 12 hb masa yg sama tetapi tdk di ketahui masanya. Jadi bermakna dia hanya Cuba mengelirukan wartawan dan netizen sedangkan di...

STAR BAKAL DIBUBARKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA PARTI BARU?

Image
Parti STAR dijangka akan dibubarkan pada april tahun ini untuk memberi laluan kepada penubuhan satu parti baru.Parti tersebut dikatakan bakal dipengerusikan oleh Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Jeffrey Kitingan sebagai timbalan. Menurut sumber yang boleh dipercayai,beberapa pertemuan dan mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat.Namun menurut sumber,selain Parti STAR ada beberapa lagi Presiden parti turut  bersama dalam pertemuan itu.Beberapa persetujuan telah dicapai,tetapi menurut sumber itu lagi Presiden Parti SAPP Datuk Yong Teck Lee sehingga kini belum memberikan kata putus samada mahu membubarkan SAPP untuk memberikan laluan kepada penubuhan parti baru tersebut. Menurut sumber antara nama yang telah dipersetujui adalah Parti Gagasan Sabah (PGS).Antara halatuju parti yang bakal ditubuhkan itu adalah memperjuangkan hak rakyat Sabah terutama MA63 serta memperjuangkan Sabah IC. Sejauh mana kebenaran ura ura penubuhan parti baru ini akan kita ketahui selewat ...