Posts

Showing posts from April, 2021

PERIKSA HAID PELAJAR PEREMPUAN BUKAN NORMA, AGAMA, ATAU BUDAYA, KATA BEKAS MENTERI PENDIDIKAN MASZLEE MALIK

Image
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mengecam pemeriksaan kemaluan bagi mengesahkan dakwaan pelajar yang mengadu datang haid, mengatakan ia bukan norma mahupun agama atau budaya. Maszlee berkata menggunakan disiplin dan pendidikan sebagai alasan untuk memeriksa kemaluan seseorang sama sekali tidak wajar dalam mana-mana kaedah pengajaran, budaya, agama atau norma. “Nyata ia mencabuli kebersendirian seseorang dan suatu bentuk gangguan fizikal dan penderaan,” katanya di Facebook. Maszlee, yang juga bekas pensyarah berkata, pendidikan haruslah mengasuh integriti, martabat, rasa tanggungjawab, dan saling hormati-menghormati. “Amalan periksa haid oleh guru di sekolah menjatuhkan maruah dan tidak wajar; semestinya tidak patut berlaku di mana sahaja, apatah lagi di institusi pembelajaran. “Kes yang dilaporkan itu memalukan komuniti (pendidik) dan mesti dihentikan dan dikutuk. Anak-anak kita haruslah selamat di sekolah dan dilindungi dari sebarang bentuk bahaya dan penderaan.” Mas...

GELOMBANG KEMARAHAN RAKYAT EKORAN 6 INDIVIDU DI TAHAN DI KAMPUNG MUHIBAH RAYA, TAWAU

Image
Semalam, seramai enam individu telah ditahan polis kerana menunjuk perasaan di hadapan sekatan jalan raya di Kampung Muhibah Raya, Tawau. Kesemua individu tersebut telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut termasuk dikompaun dan juga lima buah motorsikal yang digunakan mereka dalam demontrasi itu.  Alasan mereka melakukan demonstrasi tersebut kerana ingin memprotes keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilanjut tempoh PKPD sehingga mereka kekurangan bekalan makanan dan tidak dapat menjalankan aktiviti harian kerana majoriti penduduk kampung bekerja sendiri.  Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memerlukan bantuan diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Belanjawan 2021 agar sampai kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin dan tepat pada masanya. Sedangkan ada  peruntukan yan...

KRI NANGGALA 402 DISAHKAN TENGGELAM PADA KEDALAMAN 850 METER

Image
Mula hilang dari radar sejak 21 April lalu, kapal selam dari Indonesia ini nampaknya telah menjadi perhatian dunia selepas tidak menerima sebarang signal daripada pihak kapal. Kehilangan kapal ini secara tidak langsung turut mendorong beberapa negara seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat bergabung tenaga dalam mencari kapal selam yang dinamakan sebagai KRI-Nanggala 402 ini. Lebih membuatkan orang ramai risau, kapal KRI-Nanggala ini dilaporkan cuma mempunyai bekalan oksigen setakat hari ini sahaja. Terbaharu, menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggelamnya kapal KRI-Nanggala 402. Sumber: The Vocket

KERANA SAYANGKAN SABAH SHAFIE TETAP PUJUK PELABUR DATANG WALAUPUN KEADAAN POLITIK TIDAK STABIL

Image
KOTA KINABALU: Walaupun tidak lagi memimpin negeri ini, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui masih berusaha memujuk pelabur-pelabur yang pernah merancang untuk melabur ke Sabah agar meneruskan niat mereka demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu berkata, beliau tetap melakukannya kerana sedar peranannya sebagai pemimpin tetap ada walaupun sebagai pembangkang, malah masih terus berhubung dengan para pelabur tersebut sehingga kini. Menurut beliau, kebanyakkan pelabur berkenaan telah bersedia datang ke Sabah sebelum ini tetapi situasi politik yang kurang stabil menyebabkan mereka ragu-ragu untuk meneruskan pelaburan. “Pelabur yang banyak sebenarnya pada masa itu mahu datang ke Sabah tetapi bila WARISAN bukan lagi kerajaan mereka berhubung dengan saya, saya kata tolonglah datang. “Mereka kata kami tidak yakin dengan kestabilan semasa Malaysia, saya galakan tetapi oleh kerana mereka menyatakan mereka agak bimbang jadi saya kata terpulang...

PERUBAHAN STATUS SABAH DAN SARAWAK PERLU DIBAWA KE PARLIMEN UNTUK DIBAHASKAN

Image
KOTA KINABALU: Beberapa ahli politik Sabah mahu tahu sama ada perubahan status Sabah dan Sarawak daripada “negeri” kepada “wilayah” sekadar pada nama atau ia menandakan perubahan sebenar. Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking (gambar) berkata, sebarang perubahan pada status Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. Ahli Parlimen Penampang itu berkata, mengubah status tanpa mengembalikan hak dua negeri itu, seperti termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tiada gunanya. Katanya, Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, malah dari semenanjung perlu diberi peluang menyuarakan pendapat mereka mengenai isu itu dan mencapai kata sepakat berhubung status berkenaan, serta paling penting ialah apa yang dihutang kepada dua negeri itu. “Kerana ini berkaitan perubahan yang membentuk persekutuan – apabila kita mahu membentuk semula, menamakan semula dan mengubah konteks persekutuan – ini perlu dibawa ke Parlimen,” katanya kepada FMT. “Perubahan nama adalah bagus, tet...

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Image
Ramadan Mubarak 2021 menjelang lagi, ini bermakna sudah dua kali umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang penuh barakah dan nikmat ini dalam suasana pandemik COVID-19. Bagi umat Islam di seluruh dunia, Ramadan merupakan bulan suci di mana amalan berpuasa merupakan satu daripada lima Rukun Islam. Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar lunar di mana kira-kira satu setengah bilion umat Islam menahan diri daripada makan dan minum bermula dari waktu subuh sehinggalah senja selama 12 hingga 20 jam bergantung kepada musim dan lokasi. Malangnya, ini tahun kedua umat Islam berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan mereka melakukan ibadah berpuasa dalam keadaan serba baharu. Seperti tahun sebelumnya, tradisi dan tingkah laku norma sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa atau iftar dan solat sunat Tarawih secara beramai-ramai dilarang kerajaan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai penjarakan sosial. Amalan tradisi dengan kembali ke kampung halaman ...

SHAFIE AKUI TIDAK OBSES UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI,ANGGAP IA ADALAH CADANGAN YANG BAIK

Image
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui dirinya tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri meskipun pernah dicalonkan untuk memegang jawatan itu. Beliau berkata, pada ketika itu apa yang difikirkan ia adalah satu perubahan yang baik jika pemimpin nombor satu negara datang daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut. “Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan (yang baik dan) tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun pemimpin (Perdana Menteri) dari Sabah atau Sarawak. “Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk Calon PM ke-9 Masih Samar yang disiar secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian pada malam Jumaat. Program yang berlangsung selama sejam itu dikendal...

MUHYIDDIN JANGAN SYOK SENDIRI,SEGERA BUAT PINDAAN PERKARA 1(2) DI DEWAN RAKYAT,

Image
Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa Sabah dan Sarawak merupakan Wilayah cuma langkah "syok sendiri", melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong. "Terima kasih. Tetapi ini jelas gimik pilihan raya. PM kata PN perlu menang besar untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Tetapi tiada siapa-siapa menghalang beliau meneruskan Parlimen," katanya. Junz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru berkata, Parlimen harus bersidang untuk memberi kesan kepada perisytiharan Sabah sebagai sebuah wilayah. "Apabila ia diumum begitu sahaja, itu kita panggil 'syok sendiri'. Kita panggil Sabah sebuah wilayah, tetapi intipati sesebuah wilayah itu tidak ada. "Hak minyak dan gas masih dinafikan, hak-hak pengeksportan masih perlu kelulusan Malaya, Perjanjian MA63 masih tidak ditunaikan. Jadi syok sendiri sajalah." "Dalam Perkara 1(2) Perlembaga...

KENAPA WARISAN PILIHAN TEPAT UNTUK ANAK SABAH?

Image
Semangat orang Sarawak mengurus negeri mereka sendiri adalah lebih yakin berbanding dengan orang Sabah yang lebih mementingkan survival politik sendiri sanggup berselindung dengan parti luar dari Malaya seperti PPBM dan UMNO. Sejarah politik Sabah bukan lagi menjadi satu rahsia umum, persaingan di antara agama Islam dan Kristian sudah berakar umbi tetapi pada realitinya hubungan kedua-dua agama ini adalah paling mantap tetapi ada segelintir ahli politik mengambil kesempatan menggunakan isu agama dan suku hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik saja. Kemuncak hubungan agama yang paling teruk adalah semasa pemerintahan parti PBS, menjadi kerajaan dari 1985-1994 yang disifatkan sebuah kerajaan Kristian sehingga bumiputera Islam sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk melebarkan sayapnya di Sabah untuk menggantikan peranan USNO. Pada ketika itu, pemimpin bumiputera Islam saling bercakaran, dan parti USNO menjadi lemah kerana menjadi parti miskin dan logistiknya tidak teratur. Jika d...