Posts

KRISMAS; TPM KONGSI PENGALAMAN

Image
Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkongsi pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah mubaligh Kristian. Mengimbas kenangan lalu, Wan Azizah berkata beliau berterima kasih kepada guru-guru biarawati di sekolah berkenaan kerana menanamkan nilai-nilai murni yang membentuknya menjadi seorang insan yang baik. Berucap pada majlis hi-tea sempena sambutan Krismas hari ini, presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata perkara itu tidak dapat dipelajari daripada buku teks di sekolah. "Saya mahu berkongsi dengan anda bahawa saya bersekolah di sekolah convent dari darjah satu hingga tingkatan lima.  "Saya terhutang budi kepada guru-guru biarawati saya yang mengajar saya bagaimana bersikap sopan, bagaimana bercakap dengan baik, bagaimana untuk banyakkan sabar. "Semua yang saya pelajari ini tidak (diajar) dalam buku. Ini adalah bagaimana kamu dididik menjadi orang," katanya dalam ucapannya pada majlis yang diadakan di Luther Centre, Peta...

KISAH DARI HUTAN HUJAN DI ECUADOR

Image
Di hutan hujan di Ecuador, tidak ada restoran makanan, dan tidak ada kedai runcit. Penduduk suku Huaorani hanya boleh bergantung kepada memburu untuk mendapatkan makanan. Mereka menggunakan blowpipes sebagai senjata, menembak monyet, babi hutan, dll.  ▼ Seorang pemburu suku Huaorii sedang memanjat pokok dan menembak monyet dengan blowpipe. ▼ Bagi mereka, memburu dan makan monyet dan babi hutan tidak banyak berbeza dengan kita makan daging ayam. Pemburu yang berjaya menangkap monyet atau babi hutan, bila kembali akan dialu-alukan oleh kaum wanita dan kanak-kanak. ▼ Suku tersebut hanya mempunyai 4,000 orang, lelaki bertanggungjawab untuk memburu, dan wanita bertanggungjawab untuk membesarkan anak. ▼ Terdapat 300 spesies monyet di hutan hujan ekuador, dan tidak ada spesies yang hampir pupus. ▼ Oleh sebab perlu sentiasa memanjat pokok, penduduk suku Huaorani kebanyakannya telah mengalami perubahan pada kaki mereka.  Perkahwinan antara ...

PPBM DAN WARISAN TIADA PERBINCANGAN,IKUT PERSEFAHAMAN SEBELUM NI

Image
Naib Presiden Warisan, Junz Wong menepis laporan mengatakan parti itu dalam perbincangan untuk membolehkan PPBM melebarkan sayap ke Sabah. Wong berkata kedua-dua parti mempunyai suatu persefahaman iaitu PPBM tidak akan bertapak di negeri itu. “Kalau mereka masuk, perlu pertimbangkan kemungkinan kita akan bertembung pada pilihan raya. “Sudah tentu kami tidak boleh halang kerana kita mengamalkan demokrasi tetapi tidakkah mereka mahu bertanding pilihan raya? “Kami tidak berbincang mengenai kemasukan PPBM kerana persefahaman antara kami ialah mereka tidak akan datang ke Sabah,” katanya kepada FMT. Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin awal hari ini berkata partinya sedang berbincang dengan Warisan tentang sama ada ia akan menubuhkan cawangan di Sabah kerana terdapat permintaan di negeri itu. Beliau berkata kemasukan parti itu bergantung kepada keizinan Warisan, parti dominan di negeri itu. “Lagi mudah kalau semua boleh sertai Warisan, tetapi kalau mereka m...

PPBM PERLU BINCANG DENGAN WARISAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

Image
Bersatu perlu mengambil pendekatan berhati-hati sebelum memutuskan untuk melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata ini kerana Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai perjanjian dengan Warisan yang dipimpin presidennya, Shafie Apdal sebelum ini. "Saya dah jumpa Shafie Apdal, kita kata janji dulu tak akan kembang sayap di Sabah pasal kita nak Warisan menaung rakyat di Sabah. "Dan strategi kita betul lepas kita menang, tanpa kita mereka pun menang. Kita tak bertembung dan kita berjaya," kata Muhyiddin semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini. Beliau ditanya mengenai permintaan rakyat Sabah menyertai Bersatu, walaupun parti itu tidak mempunyai sebarang bahagian di negeri di bawah bayu itu. "Saya beritahu Shafie,  you  runding dengan mereka dulu. Kalau  you  semua ini boleh masuk Warisan, selesai supaya tak ada pertembungan parti kita dan parti-parti pro-Harapan. "Kalau ini dah ...

HARGA RUNCIT MINYAK KEMBALI DITETAPKAN SECARA MINGGUAN BERMULA 1 JANUARI 2019

Image
Kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Isnin, ini susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini. “Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia. “Oleh demikian, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,” katanya. Mekanisme penetapan minyak apungan digunakan oleh kerajaan terdahulu. Ia menetapkan harga minyak runcit berdasarkan harga minyak mentah di peringkat global. Di bawah mekanisme itu, sekiranya harga minyak mentah global meningkat, harga minyak runcit di pam akan turut meningkat. ...

LAGI PARTI BARU UNTUK ORANG SABAH BAKAL MUNCUL

Image
Satu lagi parti baru bakal ditubuhkan di Sabah.Menurut Sumber di media sosial,Wakil dari parti itu sudah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri pada 19hb Disember yang lalu. Tujuan pertemuan dengan perdana menteri mengikut pada kandungan surat yang diviralkan adalah untuk memohon kelulusan untuk menubuhkan parti baru di sabah. Parti yang dinamakan Parti Orang Sabah akan berpusat di Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun samada Parti itu diluluskan atau tidak.Belum ada kenyataan rasmi dari wakil parti tersebut.

2000 ANAK SABAH DI SEMENANJUNG SERTAI PPBM (BERSATU)

Image
Dua ribu anak Sabah yang menetap di Semenanjung, menyerahkan borang keanggotaan bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini. Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya berkata kesemua mereka bertindak menyertai Bersatu sebagai tanda memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. "Setakat ini 2,000 anak-anak Sabah di sini telah menyertai kita dan kita yakin penyertaan anak-anak Sabah untuk menyertai Bersatu akan meningkat dari semasa ke semasa selepas ini. "Ini kerana mereka telah sebulat suara menyokong kepimpinan Tun sekali gus bersedia untuk membantu Tun memulihkan ekonomi negara ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Bersatu daripada anak-anak Sabah di Semenanjung. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Adzmi Juatan. Abu Bakar yang juga merupakan Setiausaha Politik perdana menteri berkata parti itu juga telah menerima banyak permohonan...