PPBM PERLU BINCANG DENGAN WARISAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN



Bersatu perlu mengambil pendekatan berhati-hati sebelum memutuskan untuk melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata ini kerana Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai perjanjian dengan Warisan yang dipimpin presidennya, Shafie Apdal sebelum ini.
"Saya dah jumpa Shafie Apdal, kita kata janji dulu tak akan kembang sayap di Sabah pasal kita nak Warisan menaung rakyat di Sabah.
"Dan strategi kita betul lepas kita menang, tanpa kita mereka pun menang. Kita tak bertembung dan kita berjaya," kata Muhyiddin semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Beliau ditanya mengenai permintaan rakyat Sabah menyertai Bersatu, walaupun parti itu tidak mempunyai sebarang bahagian di negeri di bawah bayu itu.
"Saya beritahu Shafie, you runding dengan mereka dulu. Kalau you semua ini boleh masuk Warisan, selesai supaya tak ada pertembungan parti kita dan parti-parti pro-Harapan.
"Kalau ini dah selesai, katalah sebahagian besar tak nak masuk Warisan, dan mereka kata nak sambut kita, sebab itu persefahaman dengan Warisan penting supaya kita buat keputusan. 
"Kalau tak boleh elak kita terpaksa tubuh bahagian dan cawangan dengan persefahaman," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH