PENCAPAIAN 7 BULAN PERTAMA KERAJAAN SABAH




CATATAN DATO FREDIE SUA

Kerajaan Warisan kini  telah memegang kerajaan untuk tempoh 7 bulan sahaja, Jika dianalisa dari segi pencapaian, ianya jauh lebih baik dari pencapaian BN di Sabah pada tahun 1994.

1. Export Kayu Balak diberhentikan.

2. Geran Komunial dimansuh.

3. Yayasan Sabah memperuntukan RM10 juta untuk anak memulakan pembelajaran ke pengajian tinggi.

4. Semua kontrak jabatan air yang terdahulu yang terpalit dengan Watergate dibatalkan.

5. Pan Borneo diteruskan

6. Bajet RM4.16 Billion 2019 adalah yang terbesar dan surplus bajet.

7. Kementerian Pendidikan diujudkan.

8. Kementerian Kesihatan diujudkan.

9. Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri diujudkan.

10. SICC diteruskan walaupun memerlukan bajet hampir RM1 Billion untuk disiapkan.

11. Kementerian Perdagangan diujudkan dan dibantu oleh menteri MITI YB Darell dari Sabah.

12. Pelaburan Minyak dan Gas mendapat perhatian baru.

13. Pelaburan industri kayu dan perabut mendapat impak positif.

14. Kayu Akasia mendapat perhatian pelabur dari syarikat Ikea antarabangsa.

15. Industri automobile dan aerospace mendapat perhatian dari pelabur asing dan dalam negara.

16. Perdagangan Cross border / barter trade akan diaktifkan semula.

17. Perancangan pembesaran dan pembinaan pelabuhan sepangar dan kudat akan dilaksanakan.

18. Tawau akan dijadikan Hub Seafood.

19. Poic Sandakan akan distruktur menjadi pusat industri kayu kayan.

20. Royalti Minyak yang tinggi akan dituntut bersamaan dengan terma dalam MA63 terutamanya untuk mendapatkan revision dan pembayaran terhadap gran dana khas untuk Sabah.
Semua ini akan pasti berlaku dengan adanya YB Datuk VK Liew selaku Menteri Undang Undang selaku MP Batu Sapi yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Revision terhadap MA63.

21. Public transport akan dibina dan demikian juga rancangan untuk memanjangkan landasan dan perkhidmatan kereta api ke bahagian Kudat Sabah.

22. Pembangunan Pelancongan akan terus digalakan dengan bantuan Menteri Pelancongan Persekutuan Datuk Mohamadin daripada Warisan.

23. Kesalamatan negeri Sabah akan dipertingkatkan dengan bantuan Timbalan Menteri KDN Datuk Aziz MP Sepanggar.

24. Pembangunan infrastruktur seperti Bekalan Api dan Sumber Air akan pasti ditingkatkan dengan ada nya YB Munirah selaku Timbalan Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab terhadap Tenaga, Air , Alam Sekitar dan Inovasi.

Daripada penubuhan kerajaan negeri dan pusat, kalau dilihat, semuanya sudah tersusun dengan teratur dan hanya untuk dilaksanakan sahaja. Negeri Sabah ada kementerian baru dan demikian pula wakil Sabah di kabinet persekutuan semua di kementerian yang strategik untuk membangunkan Sabah.

Sebenarnya banyak lagi seperti untuk mengubah enakmen Tanah juga akan dibuat bagi membolehkan kerajaan untuk memperluaskan kutipan cukai terhadap hasil sumber semula jadi negeri Sabah.


Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?