TUNAI JANJI ATAU HILANG KUASA



Kerajaan perlu mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat jika mahu terus dipercayai dan kekal mendapat mandat daripada mereka.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi peringatan itu apabila merujuk kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan janji pilihan rayanya.
Tambah beliau, apabila kerajaan tidak lagi dipercayai, maka ia akan ditolak oleh rakyat, yang seterusnya akan melakukan apa saja untuk menyingkirkannya.
“Adalah amat penting bagi kerajaan untuk dipercayai oleh rakyat dan bagi kerajaan terbabit memenuhi janjinya.
“Bila gagal meraih kepercayaan rakyat, kerajaan yang kuat sekali pun akan tumbang dan kerajaan sekarang amat menyedari perkara ini tetapi maklumlah, janji yang dibuat ini adalah sebelum kami berkuasa,” katanya dalam ucaptama pada majlis makan malam Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, semalam.
Tambah beliau, janji berkenaan dibuat dengan menyangkakan mereka (PH) akan kalah dan janji terbabit sebenarnya adalah bagi parti yang akan membentuk kerajaan supaya parti yang menang itu menghadapi kesukaran untuk menunaikan janji berkenaan.
“Nasib baik atau mungkin sebaliknya, kami pula yang menang dan kini terpaksa berusaha dua kali ganda untuk melaksanakan janji terbabit.
“Sudah tentu ia kadang-kadang sukar bagi memenuhi janji tetapi sama ada ia sukar atau tidak, kita mesti menunjukkan yang kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi mencapainya.
“Kuasa sebuah kerajaan hanya berkesinambungan jika ia boleh dipercayai, jika anda mahu dipercayai, kita mesti kotakan janji kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH