KAMBING BOER HADIAH UTAMA LUCKY DRAW TAMU KPD

Kambing Boer
Hadiah cabutan bertuah yang menawarkan kambing Boer bernilai RM1,000 seekor antara tarikan menarik yang ditawarkan dalam Tamu Besar Koperasi Pembangunan Desa (KPD) pada 22-23 Disember ini.
Tamu Besar ini diadakan sempena perayaan Krismas 2018 di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat.
Oleh itu, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan acara Tamu Besar yang bermula 6 pagi hingga 6 petang (Sabtu-22 Disember) dan dari 6 pagi hingga 1 petang (Ahad-23 Disember).
Pelbagai produk KPD akan dijual antaranya tiga jenis madu lebah, ais krim susu kambing pelbagai perisa, susu kambing segar, teh moringa, ayam kampung beku, ayam segar, kelapa pandan, cendawan shiitake, pamelo, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Bagi membolehkan pengunjung menyertai cabutan bertuah, pengunjung perlu membeli sekurang-kurangnya satu tiket bertuah yang berharga RM 1 setiap satu semasa Tamu Besar itu berlangsung.
Selain hadiah utama, KPD turut menyediakan hadiah baucer bernilai RM500 hingga RM200 untuk lapan pemenang serta hamper bernilai RM150 turut menanti 20 orang pemenang.
Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah RM7,800.
Turut diadakan adalah Santai Karaoke, pameran kenderaan serta jualan pelbagai produk industri kecil dan sederhana tempatan.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Tamu Besar tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD di talian 088-291381, Nicholas 014-3590065 dan Arifin 017-8038416.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH