MANTAN KETUA UMNO BATU SAPI DAN KETUA PEMUDA RANAU BAKAL SERTAI WARISAN ?



Kehadiran Firdaus Akhbar Khan mantan Ketua UMNO Batu Sapi dan Faez Datuk Nordin Mantan Ketua Pemuda UMNO Ranau di KKIA untuk menyambut kepulangan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dari menunaikan umrah telah menguatkan lagi desas desus yang mereka akan menyertai Parti Warisan Sabah.

Menurut sumber yang rapat dengan mereka berdua.Firdaus dan Faez bakal membuat pengumuman tidak lama lagi untuk menentukan halatuju politik mereka.

Mereka yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti UMNO dikatakan akan menyertai parti warisan disebabkan mereka percaya dan yakin dengan kepimpinan presiden Parti Warisan.

Mereka juga  yakin yang negeri Sabah  akan lebih baik dibawah kerajaan yang diterajui oleh Warisan,PH dan UPKO berbanding Kerajaan sebelum ni.




Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH