LAWAN WARISAN DI SABAH SUDAH UTURN?



Sejak kebelakangan ini,politik sabah kembali panas setelah Pemimpin UMNO Sabah yang diketuai YB Datuk Hajiji keluar beramai ramai.

Ramai yang cuba meneka halatuju mereka selepas keluar UMNO.Ada yang katakan mereka akan menyertai PPBM(BERSATU) parti yang berpusat di Malaya.

Ramalan mereka hampir tepat bila tertularnya gambar pemimpin yang keluar UMNO bersama borang PPBM.



Walaupun pihak pimpinan tertinggi PPBM sudah menegaskan yang PPBM tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah namun tiada larangan untuk rakyat sabah menyertai parti itu.

Selain bekas pemimpin UMNO Sabah.Turut berusaha untuk membawa PPBM ke Sabah adalah Datuk Seri Lajim Ukin presiden parti harapan rakyat sabah (PHRS).
Gambar mereka menemui Tun M turut tular di Media Sosial.



Di peringkat akar umbi,penerimaan terhadap PPBM agak berbelah bagi.
Bagi penyokong Warisan,Mereka mahu PPBM menghormati persetujuan sebelum ini.Penyokong Warisan selama ini terpaksa menerima kritikan kerana warisan dilabel sebagai Proksi PPBM di Sabah.

Manakala dipihak yang mahu PPBM bertapak di Sabah adalah mereka yang sebelum ini menyokong UMNO yang juga selama ini asyik mengkritik Tun M dengan pelbagai gelaran.

Kini ada yang mula mengatakan jika Tun M tidak benarkan PPBM bertapak di Sabah,Tun M tidak menghormati mereka sebagai ahli PPBM di Sabah walaupun keahlian mereka belum sah atau masih dalam proses atau belum diterima langsung.

Kenapa ada suara yang seolah olah cuba mengugut Tun M?Adakah tujuan mereka mendaftarkan ramai rakyat Sabah ke PPBM adalah sebagai tebusan untuk Tun M benarkan mereka membuka cawangan di Sabah?

Bagi Admin tindakan mereka adalah terdesak untuk jadikan PPBM sebagai talian hayat politik atau cubaan untuk lemahkan kerajaan hari ini.Mereka cuba mengheret Tun M yang perdana menteri ke kancah politik.Mereka mahu Tun M hilang Fokus terhadap kerajaan.

Sebagai Perdana Menteri sudah pastinya Tun M perlu ada Political trust terhadap para pemimpin parti politik.

Ia terbukti bila mana Warisan yang tidak menyertai PH turut mendapat tempat dalam kabinet Tun M walaupun tiada perjanjian di atas kertas.Ia adalah kerjasama politik.

Terkini atas desakan pihak yang mahu PPBM bertapak di Sabah,sudah tentu timbul persoalan samada Tun M akan korbankan political trust antara PPBM dan Warisan demi permintaan oleh bekas2 pemimpin UMNO dan juga desakan parti Harapan rakyat Sabah yang kita ketahui cukup lantang menolak parti dari malaya.

Bagi Admin Tun M tidak akan korbankan Warisan hanya untuk melayan desakan dari pihak yang mahukan PPBM bertapak di Sabah.

Melayan mereka samalah seperti Tun M mahu biarkan namanya terus buruk di mata rakyat Sabah

MOLLY LIPS

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?