KISAH DARI HUTAN HUJAN DI ECUADOR

Di hutan hujan di Ecuador, tidak ada restoran makanan, dan tidak ada kedai runcit. Penduduk suku Huaorani hanya boleh bergantung kepada memburu untuk mendapatkan makanan. Mereka menggunakan blowpipes sebagai senjata, menembak monyet, babi hutan, dll. 

▼ Seorang pemburu suku Huaorii sedang memanjat pokok dan menembak monyet dengan blowpipe.

▼ Bagi mereka, memburu dan makan monyet dan babi hutan tidak banyak berbeza dengan kita makan daging ayam.

Pemburu yang berjaya menangkap monyet atau babi hutan, bila kembali akan dialu-alukan oleh kaum wanita dan kanak-kanak.

▼ Suku tersebut hanya mempunyai 4,000 orang, lelaki bertanggungjawab untuk memburu, dan wanita bertanggungjawab untuk membesarkan anak.

▼ Terdapat 300 spesies monyet di hutan hujan ekuador, dan tidak ada spesies yang hampir pupus.

▼ Oleh sebab perlu sentiasa memanjat pokok, penduduk suku Huaorani kebanyakannya telah mengalami perubahan pada kaki mereka. 

Perkahwinan antara adik beradik juga menyebabkan ada yang di kalangan mereka mempunyai 6 jari kaki.

▼ Mereka juga memburu hornbill dan membela burung kakak tua sebagai haiwan kesayangan.

Apabila jurugambar Pete Oxford melawat puak itu, beliau berkata bahawa dia sangat berterima kasih atas keramahan orang di sana.

Suku tersebut juga akan membina dan menghiasi kalung dengan bulu burung, dan orang-orang di suku kadang-kadang menjual kraftangan mereka kepada pelancong untuk mendapatkan wang.

▼ Seperti suku-suku lain di Amerika Selatan, mereka memakai anting-anting yang diperbuat daripada kayu dan tulang.

▼ Pete harap dapat menggunakan kameranya untuk rekod budaya kuno yang berbeza ini supaya generasi akan datang dapat melihatnya.

Terdapat juga beberapa puak-puak primitif di hutan hujan di Amerika Selatan. Mereka jarang bertemu dengan dunia luar dan menjalani kehidupan yang mudah.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?