WARISAN YAKIN BERSATU TIDAK AKAN BERTAPAK DI SABAH



Warisan minta PPBM tepati janji menjauhi Sabah dan biarkan rakyat Sabah menguruskan hal ehwal negeri.
Setiausaha Agung Loretto Padua Jr berkata Warisan dan PPBM mempunyai hubungan yang baik dan beliau difahamkan parti yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak akan memungkiri janji tidak akan memasuki Sabah.
“Sebelum ini, Warisan menderita apabila pihak lawan menuduh kami proksi PPBM di Sabah.
“Ia menjadi liabiti pada kewibawaan kami sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah,” katanya.
Mengulas kebarangkalian hala tuju bekas wakil-wakil rakyat Umno Sabah, Padua berkata mereka dijangka menyertai PPBM.
“Tiada siapa pun boleh halang mereka sertai PPBM. Itu hak perlembagaan mereka. Bagaimanapun, itu tidak bermakna PPBM akan melebarkan sayap ke Sabah.
“Warisan juga mempunyai ahli di luar Sabah tetapi itu tidak bermakna kami akan buka cawangan di Johor, misalnya.”
Dalam pada itu, beliau percaya PPBM akan terus berpegang pada janjinya kepada Warisan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?