EXCO WIRA WARISAN ANGGAP IDEA BAWA PPBM KE SABAH ADA NIAT LAIN


DESAK TUBUH PARTI BERSATU DI SABAH STRATEGI BALAS DENDAM PEMIMPIN UMNO BN TERHADAP WARISAN & PAKATAN HARAPAN

1) BN Sabah hampir pasti dibubarkan di Sabah selepas Ahli Parlimen dan ADUN UMNO membentuk Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang mereka umumkan pada 24 Ogos 2018.

2) Sejurus selepas itu, hampir kesemua ADUN & Ahli Parlimen UMNO di Sabah mengumumkan keluar dari UMNO untuk menjadi sama ada ADUN atau Ahli Parlimen bebas dengan niat untuk masuk BERSATU lantas membuka pintu kepada BERSATU untuk bertapak di Sabah.

3) Mereka semua sedar bahawa langkah mereka ini tidak disukai dan menjadi bahan makian oleh Majoriti Rakyat Sabah. Ia dianggap sebagai PENGKHIANATAN MUTLAK kepada SABAH. Namun, atas dasar ingin "Membalas Dendam" terhadap Parti Warisan & PH Sabah mereka mengetepikan cemuhan dan harga diri mereka asalkan mereka dapat memporak-perandakan Kerjasama utuh antara WARISAN & PH Sabah.

4) Rakyat Sabah ibaratkan bekas ADUN & Ahli Parlimen UMNO ini sebagai "Anjing yang tidak bertuan" . Mereka berstatus ADUN & MP bebas ketika ini. Bayangkanlah jika BERSATU tidak menerima mereka. Warisan pula mereka musuhi. Mereka rasa kedudukan mereka sudah tidak bermakna lagi. Karier politik mereka akan berakhir. Maka, atas sebab inilah mereka menggadai maruah dan harga diri membuat desakkan kepada Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyddin Yassin agar BERSATU masuk ke Sabah.

5) Umum mengetahui, berapa kerap mereka berjumpa Tun Mahathir. Berapa kali mereka merayu. Berapa kali mereka menjual maruah diri. Berapa kali mereka MENJILAT LUDAH sendiri. Mereka tidak peduli akan penghinaan ke atas kerja durjana mereka. Mereka tidak peduli akan tohmahan Majoriti Rakyat Sabah sehingga ada yang menggelarkan mereka sebagai Katak dan "Anjing yang tidak bertuan". Mereka tidak peduli semua itu. Asalkan dendam mereka terbalas.

6) Di Sabah, di bawah slogan Sabah Baru dan Era Malaysia Baru ini sesungguhnya sudah tiada tempat bagi Politikus yang tiada jati diri seperti mereka ini. Rakyat Sabah memandang mereka amat hina sekali. Angkara perbuatan mereka sendiri.

7) Mereka ini sudah tersingkir. Rakyat Sabah tidak lagi menaruh harapan pada mereka. Sesetengah daripada mereka memenangi PRU14 lepas dengan kaedah "penipuan tiada bukti". Sebab umum mengetahui sesetengah jentera kerajaan mereka manipulasi. Mereka menggunakan jentera Kerajaan sewenang-wenangnya umpama harta bapa mereka sendiri. Rahsuah berleluasa. Diakui dan diketahui oleh semua orang termasuk Perdana Menteri kita ketika ini.

8.) Untuk makluman YAB Tun Dr Mahathir & Tan Sri Muhyddin Yassin yang amat disanjungi dan dikasihi. Rakyat Sabah tidak perlukan mereka lagi. Jadi, tiada keperluan untuk BERSATU masuk Sabah hanya permintaan orang-orang yang Rakyat Sabah umpamakan sebagai "Anjing tidak bertuan" ini.

9) Sebagai Perumpamaan, mengambil dan memelihara "Anjing tidak bertuan" itu adakalanya baik. Tetapi hanya bagi anjing yang comel dan bersih sahaja. Jika anjing itu kotor dan berkurap, liar serta ganas, maka ia dikhuatiri akan menjangkiti dan mencederakan orang-orang di sekelilingnya.

"BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH"
             "TOGETHER WE CAN"

Musliadi Mustala
Exco Wira Warisan

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?