BUANG BUDAYA UMNO KATA KETUA WIRA WARISAN



Ketua wira  warisan Datuk Azis  Bin Hj Jamman yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika ditemui pemberita mahu bekas anggota UMNO yang menyertai Warisan agar meninggalkan budaya ‘tidak baik’ yang diamalkan ketika bersama UMNO.
“Rakyat buat keputusan sewaktu pilihan raya lalu untuk menukar kerajaan lama kerana ada perkara dilakukan mereka tidak disenangi termasuk cara pendekatan digunakan anggota UMNO sebelum ini,” katanya.
Beliau turut berharap kemasukan bekas anggota pembangkang itu akan menambah kekuatan parti khususnya di peringkat akar umbi.
“Apa yang penting pejuang asal Warisan menerima serta bekerjasama dengan anggota baharu ini, dan pejuang asal jangan risau kerana mereka akan diutamakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH