VIRAL

 

LAKSANAKAN PENDAHULUAN BARU RUNDING PERJANJIAN 


 KOTA KINABALU: Bekas menteri luar negeri Datuk Sri Anifah Aman mahu kerajaan persekutuan membuktikan muhibah terhadap Sabah dan Sarawak dengan membuat bayaran pendahuluan kepada 2 negeri itu serta-merta. Ahli Parlimen Kimanis itu dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan persekutuan harus memulakan rundingan sekarang dan bukan hanya mengiktraf hak-hak negeri tetapi juga setuju menyerahkan semula hak-hak itu. “Laksana bayaran pendahuluan kepada Sabah dan Sarawak. Hanya kemudian kaedah dan kuantum pembayaran dirundingkan selanjutnya. “Ini perlu dilakukan untuk faedah rakyat di Sabah dan Sarawak,” katanya. Beliau juga mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk menyerahkan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, termasuk memulangkan 40% hasil, “yang menjadi asas kepada penubuhan negara ini 55 tahun lalu”. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima 40% daripada hasil bersih yang diperoleh kerajaan persekutuan di negeri itu. “Sebagai rakyat Sabah dan Ahli Parlimen Kimanis, saya menyokong kenyataan Shafie, seperti yang dilapor media tempatan hari ini,” kata Anifah. “Saya mencari sokongan para pemimpin Sabah yang lain untuk mempercepat dan memulihkan hak Sabah, seperti yang ditetapkan dalam MA63. “Sekali lagi saya nyatakan sekiranya cadangan itu dibentangkan di Parlimen, saya akan menyokongnya 100% dan mencari sokongan para pemimpin Sabah yang lain, tanpa mengira kepercayaan politik, kerana inilah yang kita di Sabah dan Sarawak perjuangkan,” katanya. Beliau percaya rakan-rakan pembangkang dari Sabah dan Sarawak sedia bersatu dan menyokong semua usaha mempercepat penyerahan semula hak Sabah dan Sarawak, selagi ia selaras dengan MA63, demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. “Kerajaan persekutuan perlu mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengiktiraf niat dan semangat MA63. Ini termasuk royalti minyak dan semua pendapatan lain yang perlu dibayar kepada kami. “Mereka tidak boleh menggunakan alasan tidak mempunyai cukup wang untuk melambatkan pembayaran ke Sabah dan Sarawak,” katanya. Semalam, Shafie berkata kerajaan Sabah berharap pembayaran geran khas kepada Sabah tidak dilambatkan kerana negeri itu mempunyai membayar hutangnya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH