SABAH SEBUAH NEGARA MERDEKA?
Menelusuri alur sejarah panjang North Borneo/Sabah , memberikan kita semangat dan kekuatan untuk terus berjuang. Ini berdasarkan kepada fakta yang sahih daripada dokumen Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20 yang turut tercatat dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan semasa proses pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Malah jika mendengar perisytiharan Malaysia di Padang Merdeka, (Kota Kinabalu), yang diucapkan dalam Bahasa Inggeris, Kadazan dan Cina, jelas sekali disebutkan penggunaan Negara of Sabah. Jadi tidak syak lagi bahawa Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA yang sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia bukannya menyertai Malaysia sebagai sebuah NEGERI yang ke-12 seperti yang tercatit dalam Mykad sekarang ini. Sayang sekali dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah awam, MALAYSIA merdeka pada 31 OGOS 1957 , sedangkan seluruh dunia tahu bahawa MALAYSIA baru sahaja dibentuk pada 16 SEPTEMBER 1963 . Bagaimana ...

Comments