ADUN WARISAN BERTAMBAH LAGI



Parti Warisan Sabah mendapat tambahan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri menjadikan semuanya 29 dengan kemasukan  Ahli Dewan Undangan Kuamut Datuk Masiung Banah hari ini.

Masiung menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Setiausaha Agung Warisan Loretto Sipin Padua Jr dan disaksikan oleh Naib Presiden Datuk Peter Anthony di Dewan Masyarakat di sini.

Menurut Masiung, beliau sepatutnya memerlukan dua atau tiga bulan untuk memikirkan keputusan tersebut selepas keluar daripada Upko pada 24 November lalu.

“Tapi berdasarkan kepada keadaan politik semasa yang begitu pantas, saya rasa tidak adil kepada rakyat Kuamut untuk kita melengah lengahkan keputusan ini,” katanya apabila ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian.

Katanya keputusan pilihanraya lepas jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah inginkan parti yang memayungi semua kaum dan mana mana parti yang berasaskan kesukuan kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat di hati rakyat di masa-masa akan datang.

“Oleh itu kita harus membuat pilihan yang bijak untuk memilih parti yang mewakili semua kaum iaitu Warisan,” katanya.

Masiung berkata bersama-sama beliau hari ini adalah 25 orang daripada 30 AJK bahagian Upko Kinabatangan, 30 orang daripada 30 AJK Wanita bahagian, 15 orang daripada 30 AJK Pemuda bahagian, 28 orang daripada 30 AJK Komulakan bahagian dan 94 daripada 100 cawangan Upko Kinabatangan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH