7 JANUARI UNTUK YAMANI HAFEZ ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN


Yamani Hafez  Musa dijadual akan mengangatk sumpah sebagai Ahli Parlimen Siptang pada 7 Januari tahun depan.
Yamani Hafez 
Majlis angkat sumpah itu dilakukan selepas tujuh bulan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lalu yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama enam dekad.
“Majlis angkat sumpah itu akan dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof,” katanya dalam satu kenyataan Pejabat  Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.
Yamani Hafez anak lelaki kepada Tan Sri Musa Aman bekas Ketua Menteri Sabah yang pada satu ketika seorang pelarian di luar negara, dan dituduh terbabit dalam rasuah ketika kembali ke negara ini.
Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebelum tempoh yang ditetapkan kepadanya untuk berbuat demikian, tamat pada 15 Januari depan.
Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Ariff Md Yusof,dalam kenyataan dipetik berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez untuk tampil mengangkat sumpah segera atau berdepan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Mohd Ariff berkata, Dewan Rakyat sebelum ini menolak permintaan Yamani Hafez untuk mengangkat sumpah melalui sidang video kerana tiada peruntukan yang membolehkan kaedah itu dilaksanakan.
Beliau turut berkata, beberapa surat peringatan sudah dihantar kepada Yamani Hafez namun tiada balasan diterima. 

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?