YB HAJIJI TAMPIL MENAFIKAN SURAT SULIT YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL TIDAK ADA KAITAN DENGAN BELIAU


YB Hajiji tampil menjelaskan dan menafikan surat yang tular di media sosial adalah dari pihak beliau.

Jelasnya ia adalah fitnah dari pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mencemarkan nama baik beliau.


Berikut adalah kenyataan media dari YB Hajiji .



Kenyataan Akhbar

YB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman

1. Saya terpanggil untuk merujuk kepada berita dan satu gambar mengandungi surat yang menular di media-media sosial terutama di sabahpost.net dan borneochanel.blogspot.com yang mendakwa ianya adalah surat sulit daripada saya.

2. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya dan rakan-rakan mantan pemimpin UMNO Sabah tidak ada kaitan langsung dengan tuduhan yang disebut dan ditular dalam media sosial itu.

3. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan ini merupakan satu fitnah  yang bertujuan untuk merosakkan dan mencemarkan nama baik dan reputasi saya selaku ADUN Sulaman.

4. Saya berpendapat, terdapat pihak tertentu yang berniat jahat yang sengaja mengaitkan nama saya dan nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr.Mahathir Mohamad serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan projek IC.

5. Saya dan rakan-rakan mantan pemimpin UMNO Sabah akan terus berjuang memastikan hak-hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan dan terjamin dalam negara Malaysia.

6. Saya sedang menyiasat perkara ini dan telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita fitnah ini terutama sabahpost.net dan borneochanel.blogspot.com.

7. Saya berharap para pengamal media sosial agar lebih berhati-hati,  beretika dan bertanggungjawan dan tidak menyebarkan berita fitnah yang tidak berasas ini kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan masyarakat.

Sekian. Terima kasih.

Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
ADUN SULAMAN

28 Disember 2018.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?