GUNUNG BERAPI DI PULAU PERANGINAN BALI MELETUS DAN MEMUNTAHKAN ABU KE UDARA

Puluhan penerbangan dibatalkan apabila Gunung Agung meletus dan memuntahkan asap dan debu setinggi 1,000 pada Jun. (Gambar AFP)
JAKARTA: Gunung berapi di pulau percutian Bali meletus hari ini, memuntahkan abu ke udara dan meliputi kampung-kampung berdekatan ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya menghindari kawasan itu.
Gunung Agung meletus dari semasa ke semasa sejak ia kembali aktif pada 2017, kejadian yang menyebabkan ratusan penerbangan dan 120,000 pelancong tersadai.
Pada pagi Ahad, gunung berapi yang terletak kira-kira 70km dari hab pelancongan Kuta itu memuntahkan abu ke udara apabila ia meletus selama kira-kira 3 minit, kata pusat kajian gunung berapi republik itu.
“Penduduk berdekatan Gunung Agung serta pendaki dan pelancong dinasihatkan jangan melakukan sebarang aktiviti dalam kawasan bahaya atau dalam lingkungan 4km radius dari kawah,” kata pusat itu dalam kenyataan.
Pada 22 Disember lepas, letusan Anak Krakatoa mencetuskan tsunami yang menghempas barat pulau Java dan selatan Sumatra, meragut sekurang-kurangnya 426 nyawa dan lebih 7,000 orang cedera.
Beberapa perkampungan di Bali ditimpa abu dalam letusan terbaru ini tetapi tiada asap atau lahar dikesan daripada kawah dan tiada pemindahan diarahkan.
Pusat kajian gunung berani memberi amaran kepada penduduk berdekatan sungai di kawasan itu supaya berwaspada dengan aliran lahar sejuk – sejenis aliran lumpur yang terbentuk dari batu dan abu di musum tengkujuh dan selalunya menjadi permulaan kepada lahar berapi .
Pada Jun, puluhan penerbangan dibatalkan apabila Gunung Agung meletus dan memuntahkan asap dan debu setinggi 1,000.
Letusan terbesar Gunung Agung yang terbaru adalah pada 1963 dan meragut 1,600 nyawa. Indonesia merupakan kawasan gunung berapi paling aktif dan terletak di atas lingkaran gunung berapi Pasifik di mana plat tektonik bertemu dan menyebabkan aktiviti gunung berapi dan seismik berlaku dengan kerap.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?