PENGGUNAAN LOGO WARISAN PERLUKAN KEBENARAN
P.189 Semporna
Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan rakan FB sekalian.
Saya menulis di sini sebagai teguran kepada Penganjur program terutamanya dalam kita berhibur.
1. Pertama program yang dianjurkan ini adalah di luar pengetahuan Ketua dan Timbalan Ketua Wira Semporna. Oleh yang demikian penganjur hendaklah mengeluarkan logo dan nama wira warisan daripada banner tersebut.
2. Walau bagaimanapun kita tidak pernah menghalang sebarang program berbentuk hiburan diadakan di daerah semporna ini asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
3. Islam tidak menghalang hiburan diadakan kerana apa yang penting adalah pengisian yang ada padanya.
4. Agama Islam kita membenarkan umatnya mencari hiburan kerana ia selaras dengan fitrah kehidupan manusia yang suka berhibur.
5. Dalam masa yang sama kepada semua pihak yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sila jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin semoga kita semua mendapat rahmat dan reda Allah SWT.
Salam Sejahtera, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Hj Jamil Bin Hj Hamzah
Timbalan Ketua Wira Warisan
Bahagian P.189 Semporna
Comments