LANGGAR UNDANG UNDANG;TIADA YANG TERKECUALI TERMASUK PALA'U


Timbalan Menteri Dalam Negeri  Datuk Mohd Azis Bin Jamman menjawab soalan Wartawan di Lahad Datu baru baru ini (16.12.2018) menegaskan tiada golongan berkecuali termasuk Pala’u akan ditangkap jika terbukti melanggar undang-undang negara.

Namun katanya tindakan sterotaip semua Pala’u sebagai pembawa masalah adalah tidak wajar, hanya kerana segelintir daripadanya ada terlibat masalah sosial serta dikaitkan dengan tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.

“Nyatanya, mana-mana pihak tidak kira siapa saja mahupun Pala’u, agama dan apa bangsa pun, selagi dia melanggar undang-undang negara, menjadi talibarut kepada penculik,pengganas kita akan tangkap kalau ada asas dan bukti yang kukuh,” katanya.

Pala’u dikenali sebagai Gipsi Laut kerana hidup secara nomad di lautan dan tinggal di dalam perahu, selain tidak diakui sebagai rakyat Filipina atau Indonesia. Majoriti masyarakat ini kini dikesan menetap di perairan sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Susulan itu, bagi menangani masalah jenayah dibawa warga asing (tidak berdokumen) termasuk Pala’u di Sabah, Mohd Azis berkata satu proses pemutihan dicadangkan oleh kerajaan negeri sebelum tetapi inisiatif itu disensasikan pihak pembangkang sebagai kerajaan mahu memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin.

“Tetapi realitinya, kita hanya mahu ‘tagging’ mereka, bila orang ini (orang tidak berdokumen) kita tidak ada maklumat dan bilangan mereka, dan terlibat masalah misalnya kes pecah rumah, kita tidak ada rekod orang ini dan ini menjadikan kes itu sebagai kes yang tidak diselesaikan.

“Sebab itu kita mencadang kan satu proses pemutihan di mana kita perlu tag mereka dengan ambil cap jari, pengenalan wajah, kumpulan darah mereka, jadi bila mereka terlibat jenayah kita ada rekod,” katanya.

Menurutnya kerajaan tidak akan sewenangnya memberikan taraf kewarganegaraan kepada individu yang tidak layak.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?