SEORANG LELAKI DITIKAM RAKAN KERANA TUNTUT HUTANG LAMA



Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Sibu memberi rawatan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Sibu memberi rawatan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu.

SIBU: Enggan membayar hutang lama menjadi punca seorang lelaki sanggup menikam rakan yang menuntut wang darinya.
Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi ini, mangsa lelaki berusia 47 tahun cedera di bahagian dada, pipi dan belakang kepala selepas ditikam seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo berkata, kejadian berlaku apabila mangsa meminta suspek untuk membayar hutang sebanyak RM40,000.
"Suspek telah berjumpa dengan mangsa berhampiran Bulatan Aman dan kemudian membawa mangsa ke hadapan sebuah sekolah di sini.
"Semasa berada di hadapan sekolah tersebut, mangsa ada meminta suspek untuk membayar hutang sebanyak RM40,000.
"Namun suspek terus menikam mangsa di bahagian dada sebelah kanan, pipi sebelah kanan dan bahagian belakang kepala sebelah kanan.
"Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sibu dan dalam keadaan stabil," jelasnya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Martin berkata, motif kejadian adalah kerana hutang. Mangsa dan suspek merupakan rakan dan sudah berkenalan lebih kurang 30 tahun.
"Mangsa meminta suspek membayar hutang kerana mangsa mengalami sakit jantung dan memerlukan duit untuk rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Samarahan, Kuching.
"Suspek berusia 48 tahun telah serah diri di Balai Polis Pusat Sibu dan akan direman. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sumber:UtusanBorneo

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH