SPR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP 62 CALON PRU14



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan sehingga tarikh akhir penyerahan penyata perbelanjaan PRU-14 pada 28 Jun lalu masih ada seramai 62 calon-calon bertanding masih gagal menyerahkan penyata mereka.
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah meliputi seramai 14 orang calon Parlimen dan 48 orang calon Dewan Undangan Negeri (DUN).
“SPR telah membuat laporan polis terhadap calon-calon yang masih gagal menyerahkan penyata perbelanjaan PRU-14 mereka bagi tindakan lanjut mengikut undang-undang,” katanya.
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan calon-calon yang bertanding atau ejen pilihan rayahendaklah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah SPR negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 yang diwartakan pada 28 Mei lalu.
SPR telah menerima sebanyak 687 pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 1,646 pencalonan bagi kerusi DUN pada PRU-14.
Menurut Azhar lagi, selaras dengan Seksyen 23, AKPR 1954, kegagalan menyerahkan penyata perbelanjaan oleh calon akan mengakibatkan individu yang memenangi pilihan raya tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam Dewan Rakyat atau DUN.
“Dia juga tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama tempoh lima tahun dan boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan menyalahi undang-undang,” tegasnya.



Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?