BERSATU TIDAK BOLEH BERTAPAK DI SABAH



DARELL YAKIN TUN M BERPEGANG PADA PERSETUJUAN BERSATU DENGAN WARISAN
Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, Bersatu telah mencapai persetujuan dengan Warisan supaya tidak akan memperluaskan pengaruhnya ke Sabah.
Beliau percaya Bersatu tidak akan melanggar persetujuan itu kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menggambarkan Warisan sebagai rakan sekutu.
Katanya, Warisan juga mengekalkan hubungan baik dengan Pakatan Harapan, termasuk menyokong usaha pakatan politik tersebut.
Beliau berkata demikian kepada China Press sebagai mengulas laporan bahawa terdapat permintaan supaya Bersatu meluaskan sayapnya ke Sabah selepas berlaku gelombang keluar UMNO di negeri itu.
Ditanya sama ada terdapat bekas wakil rakyat UMNO yang akan menyertai Warisan, Darell sekadar berkata: “Tidak tahu.”
Beliau bagaimanapun berkata, wakil rakyat yang bertukar haluan biasanya akan menyertai parti baharu secara bersyarat, keadaan yang mungkin tidak saksama buat ahli asal.
“Kalau mereka mahu menyertai parti lain termasuk Warisan, maka mereka harus ikhlas dan bukannya untuk mendapat kuasa.
“Dengan lain kata, mereka tidak dilarang menyertai parti lain, tetapi mereka tidak harus datang secara bersyarat yakni mahu mendapat jawatan tertentu,” katanya. 

Comments

Tan Sri Mayuddin pernah cakap, kita tidak bawa BERSATU ke Sabah. Kita ada Datuk Sahfie katanya.
Unknown said…
Terbaik lah kata-kata Tan Sri Muhyddin Yassin Bersatu tak akan masuk sabah.kata nya ada jg rakan sekutu PH Hero Sabah. ia itu, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal jg kami rakyat sabah akan mengalu-alu kan kata putus beliau Tan Sri tak akan melanggar perjanjian
awang samiun said…
Jgn percaya kata2 orng politik. Kalau Bersatu masuk apa Darrel atau Shafie dpat buat?
Nabahu2u said…
Klu Bersatu masuk Sabah, tiada jalan lainlagi bah... ikut saja atau "kita lawan dan halau "dia" macam UmnoBN dulu tu...."

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH