DITERIMA TAPI BERSYARAT




Ketua Wira Datuk Mohd Azis Jamman menegaskan, kehadiran mereka juga bersyarat antaranya tidak sesekali menjadi liabiliti kepada parti Warisan kelak.
“Apa yang penting ingin kita nyatakan di sini, mereka semua boleh menyertai Warisan tetapi dengan bersyarat, mereka perlu memahami perjuangan kita dan menerima perjuangan kami.
“Jangan menjadi liabiliti kepada parti kita, jika sedemikian ianya akan memberi imej tidak baik kepada Warisan, semua ini perlu difahami dan dipatuhi. Itu yang penting.
“Sudah tentu kita mengalu-alukan kehadiran mereka jika kepimpinan mereka ini boleh membantu memperkukuhkan parti kita. Bagaimanapun, keputusan muktamad juga terletak di tangan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.
Dalam pada itu, Mohd Azis yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan kehadiran UMNO Sabah ini tidak akan sesekali merencatkan hubungan sedia ada para pemimpin serta penyokong yang berjuang sejak awal lagi.
“Warisan akan memastikan penyokong dan pemimpin awal dalam perjuangan kita tidak dipinggirkan dengan adanya kemasukan ahli-ahli baharu. Mereka hanya diterima untuk kebaikan,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?