HASSAN AMBIL ALIH TUGAS PRESIDEN UMNO DARI ZAHID


Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) malam ini (Selasa) mengumumkan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan akan menjalankan tugas presiden susulan kemelut yang melanda parti itu.
Sehubungan itu, beliau berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan mahu kepimpinan di peringkat akar umbi memberi fokus kepada memperkukuhkan parti.
MOHD HASAN
“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO selepas ini.
Katanya akar umbi amat mengharapkan pimpinan UMNO bersatu hati menterjemahkan hala tuju parti sesuai dengan slogan baharu “UMNO Bangkit”

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH