JAWATANKUASA HAK PEROKOK ADAKAN MESYUARAT PERTAMA

Haniff Khatri (2 dari kiri) sedang mendengar soalan berkaitan larangan merokok daripada ahli jawatankuasa hak perokok dalam mesyuarat pertamanya hari ini.

SUBANG JAYA: Satu kumpulan perokok tegar hari ini mengadakan sidang media untuk mendesak suatu perbincangan dengan Kementerian Kesihatan tentang larangan merokok di tempat makan tertentu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.
Jawatankuasa Hak Perokok menganggap larangan itu tidak munasabah kerana kerajaan masih mengutip cukai daripada industri tembakau dan rokok.
“Kalau menanam, mengilang, memproses dan menjual tidak diharamkan, cukai pun masih dikutip oleh perbendaharaan negara, kenapa praktisnya dilarang?
“Ini tidak munasabah,” kata pengerusinya, Mohd Hanizam Yunus pada sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa petang tadi.
Menurut Hanizam, kerajaan dijangka mengutip hasil cukai jualan rokok sebanyak RM6 bilion tahun depan.
“Kami penyumbang 1.5% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. Ianya satu angka yang besar dan perlu diiktiraf,” katanya.
Mereka berkata kerajaan tidak adil kerana tidak mengambil kira hak dan pandangan golongan perokok sebelum menguatkuasakan larangan itu.
Sementara itu, penasihat undang-undangnya, Haniff Khatri Abdulla berkata kementerian kini boleh mendapatkan maklum balas daripada golongan perokok dan mengadakan rundingan dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, yang ditubuhkan 5 hari lalu.
“Selepas ini, kalau kami hantar surat, jangan ketepikan, inilah wakil masyarakat perokok yg mahu berunding dengan kementerian,” katanya.
Jawatankuasa berkata mereka akan menggunakan saluran undang-undang untuk menentukan kesahan larangan itu jika kerajaan tidak mahu berjumpa.
“Kalau tiada perjumpaan, kami akan bawa ke mahkamah untuk rujukan penghakiman sama ada ianya sah atau pun tidak di sisi undang-undang,” katanya.
Bermula 1 Januari tahun depan, rakyat dilarang merokok di restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan boleh didenda RM2,500.
Sumber:FMT

Comments

Unknown said…
Ada menteri pon bodoh mcm babi..tau menyundol jer.. bila pru merayu2 undi perokok bila dh menang perokok di zalimi..betul2 mcm sial
NonSmoker said…
bukan perokok yg menzalimi orang yg tidak mweokok kah?... kalau mau merokok, buat lah di rumah sendiri, dalam kereta sendiri.. jangan lah si tempat awam... kan lebih mulia jika tidak merokok

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH