PPBM DAN WARISAN TIADA PERBINCANGAN,IKUT PERSEFAHAMAN SEBELUM NI



Naib Presiden Warisan, Junz Wong menepis laporan mengatakan parti itu dalam perbincangan untuk membolehkan PPBM melebarkan sayap ke Sabah.
Wong berkata kedua-dua parti mempunyai suatu persefahaman iaitu PPBM tidak akan bertapak di negeri itu.
“Kalau mereka masuk, perlu pertimbangkan kemungkinan kita akan bertembung pada pilihan raya.
“Sudah tentu kami tidak boleh halang kerana kita mengamalkan demokrasi tetapi tidakkah mereka mahu bertanding pilihan raya?
“Kami tidak berbincang mengenai kemasukan PPBM kerana persefahaman antara kami ialah mereka tidak akan datang ke Sabah,” katanya kepada FMT.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin awal hari ini berkata partinya sedang berbincang dengan Warisan tentang sama ada ia akan menubuhkan cawangan di Sabah kerana terdapat permintaan di negeri itu.
Beliau berkata kemasukan parti itu bergantung kepada keizinan Warisan, parti dominan di negeri itu.
“Lagi mudah kalau semua boleh sertai Warisan, tetapi kalau mereka mahu sertai PPBM, kita perlu berunding dengan Warisan terlebih dahulu sebelum menubuhkan cawangan,” kata Muhyiddin lapor The Star.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH