CUBAAN PECAH MASUK KEDAI EMAS DI SEGAMA GUNA BOM



KOTA KINABALU: Satu letupan berlaku di sebuah kedai emas di Segama, di sini, awal pagi tadi, dipercayai cubaan pecah masuk ke premis itu.
Bagaimanapun, tiada barang kemas dilaporkan hilang dalam kejadian 2.30 pagi tadi itu kerana penjenayah dipercayai tidak sempat memasuki premis berkenaan selepas pintunya diletupkan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi mengatakan berlaku letupan kuat di premis berkenaan.
“Sebaik tiba, kita dapati tempat yang diletupkan adalah sebuah kedai emas yang terletak di tingkat bawah.
“Kita telah panggil Unit Pemusnah Bom untuk membuat pemeriksaan dan hasil siasatan awal mendapati kesan letupan di tepi pintu jeriji yang menyebabkan ia musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Habibi berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jenis bahan letupan yang digunakan. Kita tidak pasti berapa bahan letupan digunakan tetapi yang pasti hanya ada satu letupan saja.
“Hasil pemeriksaan tiada barang kemas dilaporkan hilang. Jadi kita syak cubaan pecah kedai emas namun motif lain kita sedang siasat.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Bahan Letupan 1957,” katanya sambil menambah pemilik kedai emas kini berada di luar negeri dan polis akan mengambil keterangan anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?