Posts

KETUA WIRAWATI PUTATAN SIFATKAN KENYATAAN PANDIKAR EGO DAN CUMA MAHUKAN PERHATIAN

Image
Satu Sabah terkejut dengan pandangan Tan Seri Pandikar berhubung pindaan perlembagaan artikel 1(2)yang bakal dipinda untuk mengembalikan status Sabah menjadi rakan kongsi dengan Persekutuan tanah Melayu atau dinaikkan taraf sebagai sebuah wilayah yang tidak lagi sama status dengan negeri-negeri di tanah Melayu. Menurut pandangan mantan speaker dewan rakyat ini, bahawa Sabah adalah sebuah negara sebelum menyertai gagasan Malaysia hanya satu parodox dan telah diambil kesempatan oleh pemain politik bahawa negeri ini  diturunkan statusnya kepada negeri semata-mata ingin meraih sokongan dari rakyat. Katanya lagi, seterusnya artikel MA63 tidak perlu dibuat pindaan tetapi beliau menyarankan agar kerajaan PAKATAN Harapan membuat satu referendum adakah rakyat Sabah mahu satu Perjanjian baru. Sebenarnya TS Pandikar hanya ingin mempertahankan egonya kerana melalui sebuah buku yang bertajuk "Berpisah Tiada" yang ditulis olehnya adalah untuk mempertahankan kedudukan perdana m...

KDN ARAHKAN POLIS BERI PERHATIAN PENUH TERHADAP RUMAH IBADAT

Image
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan kawalan dan perhatian penuh terhadap rumah ibadat di negara ini bagi mengelakkan daripada insiden seperti yang berlaku di New Zealand. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan pihak sentiasa bersiap sedia bagi mengekang daripada berlaku sebarang insiden keganasan di negara ini. “Kita mengecam tindakan ganas yang dilakukan oleh ekstremis agama yang berlaku di New Zealand dan bersimpati dengan keluarga mangsa.“Kita sudah meminta pihak polis memberikan kawalan dan perhatian serius, khususnya di tempat agama yang ada di negara ini. “Nampak isu (yang berlaku di New Zealand) ini tidak akan berlaku di negara tetapi atas dasar bagi mengelakkan insiden seumpama itu berlaku di negara ini kita meminta pihak polis supaya sentiasa bersedia,” katanya pada sidang media di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, hari ini. Sebelu...

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Image
1. MA63 merupakan perjanjian antarabangsa   Ketibaan Para Penandatangan Perjanjian Malaysia di London pada bulan Julai 1963. Imej dari The Borneo Post. Perjanjian Malaysia adalah suatu perjanjian antarabangsa,  berdaftar di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  pada 21 September 1970, dengan nombor pendaftaran 10760. Dengan itu, Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk meminda MA63 memandangkan ia merupakan perjanjian antarabangsa. Parlimen Malaysia hanya boleh meluluskan undang-undang baru sahaja. Sebagai contoh, Parlimen meluluskan Akta Malaysia 1963 untuk memberi kesan ( Legal effect ) kepada Akta tersebut. Beberapa bahagian dalam Perlembagaan Malaysia juga diubah untuk menggabungkan terma-terma MA63 pada waktu Malaysia ditubuhkan. Perlembagaan Persekutuan  dikatakan telah  dipinda lebih dari 700 kali sejak tahun 1957 , tetapi terma-terma yang terkandung di dalam MA63 kekal tidak berubah dari tarikh ia ditandatangani. 2. Berlainan deng...

KETUA WIRAWATI TENOM SIFATKAN TULISAN JALIN LUIN KERANA DENDAM

Image
Kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Jalin Luin sebenarnya bukan lah keseluruhan luahan masyarakat Melalap. Tetapi ianya lebih kepada perasaan dendam kepada Parti warisan dan Pemimpin tertinggi seperti Datuk Peter Anthony. Masih terngiang di gegendang telinga saya pesan seorang Yb, dalam 15ribu pengundi di N.36 Kemabong bukan semua akan menyukai kamu. Do not expect too much. Mungkin dalam 15ribu itu hanya 3ribu yang menyukai kita. Kepada saudara Jalin Luin dengarkan keseluruhan luahan masyarakat Melalap bukan hanya 2 atau 3 org. Datuk Peter Anthony adalah seorang Menteri Penuh yang memegang portfolio sangat penting bukan hanya untuk rakyat N.35 Melalap malahan seluruh Sabah beliau bertanggungjawab menjaga Pembangunan Infrastruktur di setiap pelusuk. Selama beliau memegang jawatan MPI sememangnya masa beliau sangat terhad bagi masyarakat N.35 Melalap dan itu saya tidak nafikan. Tetapi masyarakat N.35 Melalap sangat memahami keadaan Datuk Peter Anthony yang sangat sibuk un...

GILIRAN KETUA WIRA PUTATAN PERSOALKAN KEBIJAKSANAAN DDJK SEBAGAI ORIGINAL SABAHAN

Image
1.Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi tampil membidas rancangan murni ketua menteri Sabah untuk mengeluarkan permasalahan  dari kekalutan perundangan terhadap anak-anak tanpa negara hasil perkahwinan di antara warganegara dan non warganegara. "Tegas beliau GBS turut tidak bersetuju dengan gagasan itu kerana akan merugikan orang asal negeri ini". 2. Rancangan kerajaan Warisan menurut beliau mencurigakan ada udang di sebalik batu adalah jalan pintas untuk memutihkan PTI dengan cepat dan pantas. 3. Beliau menekan dari memberi tumpuan kepada anak anak state less yang tidak begitu banyak jumlahnya berbanding dengan mereka yang diberi mykad melalui pintu belakang dianggarkan ratusan ribu. 4. Wira Warisan bertanya apakah cadangan DDJK/GBS berhubung isu ini ? Atau hanya ingin menjahanamkan masa depan anak-anak yang tiada akses untuk pendidikan dan hak seperti rakyat Sabah nikmati. Kami amat kesal dengan pendekatan GBS lebih cenderung mempolitikan isu tanpa timbul se...

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK MOHD AZIS JAMMAN

Image
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK MOHD AZIS JAMMAN Penjelasan berhubung isu cadangan “pemutihan” yang dipolemikkan 1. Saya memandang serius tuduhan berhubung jawapan saya selepas diajukan soalan oleh  Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dipolemikkan walhal saya hanya menjawab soalan beliau yang meminta Kerajaan menyatakan usaha untuk membantu warganegara yang berkahwin dengan bukan negara dan anak mereka tidak mempunyai dokumen. 2. Jawapan saya di Dewan Rakyat adalah jelas dimana saya menyatakan program pemutihan di cadangkan agar Kerajaan boleh membuat bancian sekaligus membantu mereka yang berada dalam kategori tersebut dengan memberikan mereka dokumen pengenalan diri. 3. Jangan pula ia disalahtafsir dan menyeleweng fakta, cadangan pemberian dokumen pengenalan diri bukan bermaksud memberi kewarganegaraan secara automatik tetapi dokumen pengenalan diri bagi membolehkan kerajaan mengetahui identiti (m...

ISU STATELESS DAN TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN

Image
Cinta itu buta tidak mengenal batasan agama dan bangsa, ditakdirkan ramai orang tempatan bertemu jodoh dengan warganegara asing maka berlaku lah perkahwinan pastinya akan menghasilkan zuriat. Hasil zuriat mereka inilah yang  telah banyak menimbulkan berbagai masalah perundangan, apa lagi pernikahan mereka tidak didaftarkan. Kerajaan Warisan mengambil langkah-langkah adil untuk  mencadangkan agar anak-anak perkongsian perkahwinan orang tempatan dengan warganegara asing ini perlu diberi hak anak-anak mereka seperti anak-anak dari kedua ibu bapa warganegara. Walaupun kes-kes sebegini terpencil tetapi diperbesar-besarkan oleh pembangkang hanya bertujuan untuk mengambil kesempatan agar perjuangan parti mereka kenampakan patriotik untuk  bangsa dan negeri. Banyak kes-kes yang menyayat hati berlaku dalam masyarakat kita perkahwinan di antara warganegara dan bukan warganegara dalam keluarga, bukan semuanya berakhir dengan kebahagiaan tetapi kadangkala terjadi kematia...