JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TETAPI UNTUK DILAKSANAKAN
1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:- 40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10; (2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10; (3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10. 2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, keadaan ini sem