Posts

OTAI REFORMASI SABAH,BELAJAR MERANGKAK DAHULU BARU BERLARI

Image
Kenyataan dikeluarkan oleh Sangkar Rasam yang menamakan dirinya Pengerusi OTAI Reformis 1998 Sabah telah saya baca dan saya simpulkan sebagai kenyataan yang penuh jenaka. Jenaka pertama, siapa Sangkar Rasam? Beliau merupakan seorang penjilat BN tegar sehingga tahun 2017 yang lalu. Hanya menyertai parti pada 2018 , selepas 19 tahun peristiwa Reformasi berlaku dalam negara. Maka ketawa besar saya setelah dia mengaku sebagai Otai Reformis! Jenaka kedua, Sangkar menyifatkan kenyataan YB Zuraida Kamaruddin sebagai angkuh hanya kerana mengkritik pimpinan parti. Kita maklum dalam parti lama Sangkar, budaya menegur memang dianggap sebagai pengkhianat dan akan dikutuk. Kami tidak lupa, kerana itulah rakyat menolak BN pada pilihanraya lalu. Jenaka ketiga, jika Sangkar ingin tahu definasi barah ianya ialah sekelompok manusia yang mengelilingi Presiden parti dan mempengaruhinya untuk membuat banyak keputusan yang mengecewakan akar umbi. Antaranya ialah memberi kelulusan khas untuk bertanding dalam...

AUTONOMI UMNO SABAH HANYA RETORIK POLITIK BUNG MOKHTAR

Image
Setelah 60 Tahun memegang dan memerintah Malaysia akhirnya kekalahan PRU lepas membuahkan hasil kepada UMNO sabah mendapatkan Autonomi Sabah. Persoalanya kenapa baru sekarang? Dimana kekuatan semasa menjadi kerajaan. Datuk Bung Mokhtar khilaf semasa menjadi Yang Berhormat atau Yang Berkerja. Dan setelah BN-UMNO tersungkur dengan bangganya mereka mengumumkan Autonomi UMNO Sabah. Angguk-angguk geleng-geleng sewaktu menjadi pemerintah tanpa memperjuangkan Autonomi Sabah asal kenyang sendiri. Adakah rakyat Sabah harus percaya sekali lagi dengan janji-janji mereka? 60 tahun kita hilang keistimewaan MA63... Pemimpin BN-UMNO hilang arah kerna selesa dengan kedudukan mereka. Jika dilihat PAU yang baru-baru ini berjalan dan sedang berlangsung impaknya tidak lah terlalu kuat biarpun BN-UMNO Cuba mengetengahkan orang-orang muda. Jika dari dahulu Datuk Bung Mokhtar mempertahankan dan menagih Autonomi sewaktu menjadi kerajaan rasanya beliau boleh menjadi superhero seperti dalam filem animasi. T...

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH

Image
Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu diperketatkan berikutan kes pendengaran rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman beliau yang mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Kawalan keselamatan bermula di laluan utama menuju ke kompleks mahkamah bagi memeriksa kenderaan yang ingin memasuki pekarangan mahkamah. Pekarangan kompleks mahkamah dibanjiri penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) seawal 8 pagi. Dianggarkan hampir 200 orang penyokong kedua-dua belah parti hadir bagi memberi tanda sokongan kepada Musa dan Mohd Shafie. Turut hadir adalah Menteri Belia & Sukan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dumi Masdal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Loretto S. Padua dan Terrence Siambun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. Pada 7 November 2018, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula yang difailkan Musa terhadap Y...

MUSA AMAN MUNGKIN MENANG NAMUN SUKAR UNTUK DUDUKI KERUSI KM SABAH

Image
Untuk memenuhi keadilan, pihak mahkamah telah menerima rayuan Musa Aman walaupun sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa pelantikan ketua menteri Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) oleh Yang di Pertua Negeri Sabah adalah sah di sisi undang-undang Sabah.  Hari ini, sekali lagi pengamal-pengamal politik menumpukan perhatian di mahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana rayuan Musa Aman akan diperdengarkan sekali lagi, sama ada beliau masih kekal sebagai ketua menteri Sabah atau di sebaliknya. Pemerhati dari peguam-peguam veteran berpendapat rayuan kes ini adalah dijangka akan menyebelahi pada pihak kerajaan namunpun itu cuma satu andaian atau pendapat tetapi mahkamah lah yang paling berhak memutuskannya.  Penyokong Musa Aman telah memasang angan-angan Mat Jenin kerana menurut mereka, Boss mereka itu akan kembali berkuasa dan Bersatu akan mengambil alih peranan Warisan sebagai tulang belakang kerajaan Sabah kononnya percaturan Tun Mahathir. Umpamanya sebagai tand...

ESOK MUSA AMAN BAKAL KEMBALI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH?

Image
1.Perlembagan Sabah menurut  tafsiran hakim adalah berdasarkan kepada anggota ahli dewan bukan dari segi  komposisi parti wakilnya yang menang dalam pilihanraya.  2.Dengan itu, berakhir lah teka teki siapa ketua menteri Sabah yang sah, mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Shafie Afdal pelantikannya sebagai KM selaras Perlembagaan Negeri.  3.Tan Sri Musa Aman sekali lagi meletakkan situasi politik Sabah dalam ketidak tentuan apabila berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak saman pemulanya berhubung isu ketua menteri Sabah. 4.Beliau masih tidak berpuas hati dengan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk melantik dan memecat ketua menteri.  5.Walaupun Musa berhak membuat rayuan berhubung kes  itu tetapi ramai melihat beliau lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah kerana sedikit sebanyak perbuatannya itu akan membent...

PENYOKONG PARTI STAR SABAH DESAK MAHKAMAH SYARIAH SABAH DIBUBARKAN

Image
Melalui satu posting di FB pemilik akaun LEE LEVIS mencadangkan beberapa perkara berdasarkan fahaman terhadap batu sumpah Keningau. Antara desakan LEE LEVIS adalah kerajaan wajib membubarkan mahkamah syariah Sabah dan Memberhentikan rancangan agama di televisyen.

KAHWINI WANITA BERUSIA,PUTRAJAYA KAJI TEKTIK WARGA PAKISTAN DI SABAH

Image
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” kata beliau. Dipetik Bernama, Wan Aziza mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman yang mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut. Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah dilaporkan sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara u...