16 TUDUHAN TAMBAHAN INI ULASAN KETUA WIRAWATI PUTATAN TERHADAP MUSA AMAN



MANTAN KM SABAH HADAPI 16 TUDUHAN TAMBAHAN

Musa Aman menghadapi 16 tuduhan tambahan selain tuduhan asal melibatkan jutaan ringgit hasil kegiatan pembalakan dan salahguna kuasa.

Hampir semua pertuduhan ini pernah dilaporkan oleh orang awam semasa Musa  berkuasa sebagai ketua menteri tetapi terhenti begitu saja, tanpa susulan pendakwaan sehinggalah beliau hilang kuasa baru lah kes-kes ini muncul kembali.

Sememang dari awal lagi rakyat menaruh dendam kepada Musa kerana pada ketika itu amat kebal dari semua tuduhan sehingga rakyat bertekad jika kerajaan terdahulu gagal membawa Musa ke muka pengadilan biarlah mahkamah rakyat akan menghukumnya. Ternyata tekad rakyat itu terlaksana sehinggakan beliau kehilangan jawatan sebagai ketua pentadbir negeri Sabah.

Kalau mengikut pemerhatian rakyat, sudah tentu banyak lagi tuduhan akan menyusul kemudian kerana sepanjang pemerintahannya terlalu banyak perkara mungkar berhubung salahguna kuasa sebagaimana aduan yang dibuat oleh mantan ahli Parlimen Sepanggar berhubung penganugerahan tanah kepada kaum kerabatnya.

Tentu rakyat merasa lega dengan perkembangan terbaru terhadap kes Musa ini, tetapi rakyat sedikit kecewa kerana memakan waktu yang panjang untuk melihat hasil pengadilan mahkamah ini terhadap Musa sehinggakan hakim membuat teguran kepada pihak pendakwaan dan pembelaan ke atas kes Musa ini kerana sengaja melambat-lambatkan penyerahan dokumen di antara ke dua pihak sehingga perbicaraan ditangguhkan kerana dokumen tidak lengkap.

Sedikit masa dulu orang awam memustahilkan tindakan mahkamah rendah kerana membenarkan penyerahan pasport antarabangsa Musa dengan tujuan perubatan, tetapi akhirnya dibatalkan oleh mahkamah tinggi. Namun  Musa masih lagi dalam pengawasan pihak berkuasa.

Kadang kala rakyat hanya bersandarkan kepada tanggapan sahaja kerana mereka inginkan pengadilan segera dilakukan tetapi mahkamah lah yang lebih arif dengan tugas masing-masing.


Izzatul Aini
Ketua Wirawati Putatan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

ASAL USUL ETNIK RUNGUS